Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Hyperpeer Banner

Servis Rangkaian Khas Untuk ‘Gaming’ Dilancar Di Malaysia & Singapura

Diterbitkan September 2, 2026 · Dikemas kini September 2, 2026 oleh ariff bukhari

MyRepublic Broadband Pte Ltd (MyRepublic), penyedia telekomunikasi yang berpangkalan di Singapura hari ini melancarkan Hyperpeer, sebuah Perkhidmatan Penyelajuan Permainan (Game Acceleration Service) terbaharu yang direka khas untuk mengurangkan kadar ping sehingga 30% serta meningkatkan prestasi permainan video secara keseluruhan bagi pengguna di Malaysia dan Singapura.

Menariknya, perkhidmatan ini boleh diakses tanpa mengira penyedia perkhidmatan internet (ISP) yang digunakan. 

Servis Rangkaian Khas Untuk ‘Gaming’ Dilancar Di Malaysia & Singapura

Pengguna boleh melanggannya secara berasingan atau melalui pakej pelan jalur lebar GAMER+ MyRepublic. 

Memanfaatkan rangkaian peribadi khas untuk trafik permainan video, Hyperpeer mengelakkan gangguan daripada aktiviti penstriman atau muat turun.

Ia turut dilengkapi ciri sambungan satu klik, pengoptimuman laluan automatik, serta aplikasi desktop yang ringan.

Pengguna baharu boleh mengaktifkan percubaan percuma selama 7 hari sebelum memilih pelan langganan dengan 100 pelanggan terawal berpeluang menikmati harga pengenalan pada S$6.90 sebulan (harga asal S$9.90) berserta ujian percubaan percuma selama 7 hari dan sokongan bantuan 24/7.

Untuk info lanjut, layari laman rasmi Reduce Lag, Lower Ping, Smooth Gameplay for Gamers | Hyperpeer.

Berkaitan

  • vivo X300 FE VS vivo X300 Ultra: Sama DNA ZEISS, Tapi Ini Bezanya Yang Anda Wajib Tahu Sebelum Beli
  • 8 Sebab Utama 'Gamers' Masih Lebih Suka Memiliki CD Berbanding Format Digital
  • Peralihan Permainan Dari CD Ke Format Digital Didakwa Demi Keuntungan

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Tak Perlu Telefon Atau Kad, AEON Kini Uji Bayaran Guna Imbasan Wajah Di KL Midtown
  • Instagram Lancar Edits Untuk Mac, Editor Video Percuma Dengan Eksport 4K Tanpa 'Watermark'
  • MOSTI Sahkan Terima Maklumat Awal Mengenai Penampakan Cahaya Terang Di Langit
  • Proton Perkenal Program 5-Star Bagi Tingkatkan Kualiti Pengeluaran EV
  • Pensyarah UM Bangunkan Bateri Hibrid Daripada Sisa Nanas Dan Getah Asli
  • POCO X8s Dengan Snapdragon 7 Gen 4 Tiba Di Malaysia, Harga Promosi Bermula RM1,399
  • Graduan Pelatih Hong Leong Bank Bina Chatbot AI Dan Automasi RPA Dalam Program 12 Bulan
  • 5 Perkara Tentang "Grand Theft Auto VI" Yang Sudah Diketahui Setakat Ini
©2026 WISER.MY