Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Servis Penstriman Muzik Percuma Terbaru Dari Spotify

Servis Penstriman Muzik Percuma Terbaru Dari Spotify

Diterbitkan April 12, 2018 ยท Dikemas kini April 12, 2018 oleh Haikel Areff

Penstriman muzik percuma merupakan sumber utama untuk langganan berbayar bagi syarikat Spotify Technology. Ini kerana jika mereka mampu untuk menarik pelanggan servis penstriman percuma baru, saiz langganan berbayar juga akan dapat dipertingkatkan. Atas sebab itu, Spotify kini sedang membangunkan satu servis baru untuk langganan percuma mereka menurut laporan Bloomberg.

Servis Penstriman Muzik Percuma Terbaru Dari Spotify

Spotify yang baru sahaja disenaraikan dalam bursa kini dalam proses untuk meningkatkan jumlah pelanggan mereka sama ada secara percuma atau berbayar. Dengan saiz pasaran yang lebih besar setelah penyenaraian di bursa saham, pemegang saham semestinya mahu Spotify untuk terus berkembang sekaligus meningkatkan keuntungan bagi mereka. Dengan servis baru ini, ia dijangka dapat membantu pelanggan untuk strim musik dengan lebih mudah dan lancar, semakin hampir dengan apa yang dinikmati oleh pelanggan berbayar.

Model perniagaan dengan menggunakan pelanggan servis percuma sebagai sasaran bagi servis berbayar ini ternyata telah membuahkan hasil bagi Spotify selama ini. Walaupun jumlah langganan berbayar kurang separuh dari pelanggan percuma, ia menyumbang lebih kurang 90% daripada jumlah keseluruhan keuntungan yang diperoleh mereka pada tahun lepas iaitu kira-kira 4.09 billion euro.

Servis Penstriman Muzik Percuma Terbaru Dari SpotifyJadi, mungkin selepas ini pengguna aplikasi perstriman musik yang lain seperti Joox dan SoundCloud boleh mencuba versi baru servis Spotify secara percuma ini. Spotify Technology menyasarkan untuk memiliki sekitar 200 juta pelanggan dan 95 juta daripadanya adalah pelanggan servis berbayar menjelang akhir tahun ini.

Sumber

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Universiti Nasional Singapura Cipta Fabrik Dengan Skrin Sentuh Terbina Pertama Di Dunia
  • Yes Dan Ryt Bank Kini Jadi Rakan Penaja Rasmi FAM
  • Tentera Laut AS Berjaya Uji Kawal Dron MQ-25A Dari Kapal Pengangkut Sejauh 3,380km
  • BYD Perinci Pelaksanaan Flash Charging Di Malaysia, DENZA Z9GT Sokong Cas 5 Minit
  • Sony Perkenal Sensor Imej 1mm Untuk Endoskop Pakai Buang
  • Apa Itu 'Timing Chip' Dan Bagaimana Ia Digunakan Dalam Maraton?
  • Virgin Galactic Perkenal Apeiron, Sasar Bawa Pelancong Ke Angkasa Pada 2027
  • Syarikat Semikonduktor Korea Selatan Perkenal LED Putih Tanpa Unsur Nadir Bumi
©2026 WISER.MY