Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Seorang Lelaki Disaman $4K Kerana ‘Like’ Komen Di FB

Seorang Lelaki Disaman $4K Kerana ‘Like’ Komen Di FB

Diterbitkan Jun 4, 2017 oleh Haikel Areff

Seorang lelaki membuat beberapa klik tetikus yang paling mahal dalam sejarah, kerana dia telah disabit kesalahan oleh satu mahkamah di Switzerland hanya kerana menekan butang ‘Like’ di ruang komen yang berunsur “fitnah” di Facebook.

Menurut kenyataan mahkamah, beberapa pengguna Facebook menuduh seorang aktivis hak asasi haiwan Erwin Kessler,  yang berbaur perkauman dan anti-Semitisme melalui komen yang ditinggalkan di Facebook. Kessler telah berjaya menyaman beberapa daripada pengkomentar atas alasan difitnah.

Yang paling mengejutkan, seorang daripada defendan yang berusia 45 tahun turut terlibat dan dikenakan denda kerana telah menekan butang ‘Like’ walaupun tidak menulis sebarang komen di ruang tersebut.

Menurut The Guardian, ini merupakan kes pertama seumpama demikian. Kena denda hanya kerana ‘Like’. Mahkamah di Switzerland tersebut turut berkata pengguna yang ‘Like’ sesuatu komen yang berbaur fitnah turut akan dipersalahkan kerana dia juga mempersetujui komen tersebut secara tidak langsung.

Defenden (nama tidak diberitahu) didenda sebanyak $4,100. Beliau walaubagaimanapun boleh membuat rayuan untuk pengurangan denda.

Sumber

 

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Syarikat Semikonduktor Korea Selatan Perkenal LED Putih Tanpa Unsur Nadir Bumi
  • (Ulasan) Nothing Phone (4b): Bukan Telefon Yang Teruk, Cuma Pesaing Lebih Menarik
  • Google Perkenal Gemini 4 Carbon, Model AI Frontier Dengan Fokus Keselamatan Siber
  • Pelajar Perak Cipta Set Kepala Pintar Untuk Individu Kurang Penglihatan - Menang Hadiah Samsung Bernilai Sehingga RM47,000
  • Apple Perkenal MacBook Pro Pertama Dengan Skrin Sentuh - Harga Bermula RM11,999
  • Harga MacBook Neo Di Apple Education Store Naik Lagi - Kini Bermula RM2,799
  • Maxis, U Mobile Dilaporkan Pertimbang Semula Rancangan Penggabungan
  • Google Mudahkan Pemasangan Aplikasi Dari Kedai Pihak Ketiga Di Android, Malaysia Antara Negara Terawal Mulai 1 Disember
©2026 WISER.MY