Seorang Lagi Pegawai Huawei Ditahan Atas Tuduhan Melakukan Risikan

Pada penghujung tahun lalu, Ketua Pegawai Kewangan(CFO) Huawei, Meng Wanzhou telah ditahan pihak berkuasa Kanada atas tuduhan terlibat dalam urusan perniagaan dengan Iran.

Beliau telah dibebaskan beberapa hari selepas itu namun tidak dibenarkan keluar dari negara tersebut.

Tidak cukup dengan itu, seorang lagi pegawai syarikat teknologi China berkenaan dilaporkan ditahan polis di Poland, baru-baru ini.

Suspek yang namanya tidak didedahkan itu didakwa terlibat dalam aktiviti risikan China menggunakan produk Huawei. Turut ditangkap bersamanya ialah seorang warga tempatan atas tuduhan yang sama.

Kapsyen: Reddit


Tangkapan ini nampaknya akan semakin mengeruhkan lagi hubungan perdagangan di antara US dan China memandang Poland adalah salah satu sekutu Amerika Syarikat di Eropah.

Krisis hubungan perdagangan antara Huawei dan US ini bermula selepas agensi risikan Amerika mendakwa produk keluaran Huawei mungkin digunakan China untuk melakukan intipan terhadap mereka.

Walaubagaimanapun, tiada sebarang bukti jelas bagi tuduhan itu dan Huawei juga telah menafikan dakwaan tersebut sekeras-kerasnya beberapa kali sebelum ini.

Pihak Huawei telah sedia maklum mengenai penangkapan berkenaan dan akan berusaha mencari jalan penyelesaian terbaik bagi membebaskan pekerja syarikat mereka itu secepat mungkin.

 

Sumber: The Guardian   CNN