Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Facebook Dedahkan Huawei Mempunyai Akses Kepada Data Pengguna Mereka

Imej Tertiris Huawei Mate 20 Pro Dikatakan Tular Di Internet

Diterbitkan Julai 31, 2018 oleh Haikel Areff

Huawei Mobile mempunyai beberapa siri yang berbeza di bawah jenama mereka seperti Nova, P dan Mate. Bercakap berkenaan itu, Huawei P20 Pro boleh dikatakan sebagai antara peranti paling popular bagi tahun ini kerana beberapa ciri dan fungsi istimewanya.

Namun, status tersebut mungkin akan digugat oleh sebuah lagi peranti di bawah jenama Huawei sendiri iaitu Huawei Mate 20 Pro. Peranti kelas perdana ini dikatakan bakal diperkenal pada penghujung tahun ini.

Imej Tertiris Huawei Mate 20 Pro Dikatakan Tular Di Internet

Sehubungan dengan itu, satu gambar yang memaparkan imej sebuah peranti yang dikhabarkan Mate 20 Pro telah tular di internet. Seperti yang dapat dilihat, ianya hadir tanpa sebarang rekaan takuk pada bahagian paparan hadapan peranti.

Setakat ini, hanya imej bahagian hadapan peranti sahaja yang tertiris. Melihat kepada imej diatas, peranti ini mempunyai bahagian dahi yang sangat nipis sekaligus memberi gambaran bahawa peranti ini akan hadir dengan teknologi kamera yang hampir sama dengan peranti Oppo Find X dan Vivo Nex.

gsmarena_002 (1)-side

Kredit : GSMArena

Selain itu, Mate 20 Pro turut dikatakan akan hadir dengan sistem tri-kamera utama seperti P20 Pro, tetapi dengan lensa 42MP berbanding 40MP bagi P20 Pro. Ia juga hampir pasti akan disokong oleh sistem cip terbaru HiSilicon Kirin 980 yang dilaporkan akan dilancarkan pada IFA 2018 nanti.

Dengan suku terakhir tahun ini kian tiba, kami menjangkakan kita akan dapat mendengar lebih banyak lagi maklumat atau tirisan tentang Huawei Mate 20 Pro ini dalam masa terdekat. Peranti Mate 20 juga didakwa akan diperkenalkan bersama peranti ini nanti.

Sumber

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Penyelidik Korea Selatan Dakwa, Straw Kertas Tidak Lebih Mesra Alam Berbanding Straw Plastik
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
  • Agoda Kini Ada Pembantu AI Untuk Bantu Rancang Percutian, Buat Tempahan
  • MakaKami, Direktori Baharu Yang Himpun Aplikasi Buatan Malaysia
©2026 WISER.MY