Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Huawei Mate 20 Diiktiraf Sebagai Telefon Pintar “Flagship” Dengan Bateri Terbaik 2018

Huawei Mate 20 Diiktiraf Sebagai Telefon Pintar “Flagship” Dengan Bateri Terbaik 2018

Diterbitkan November 16, 2018 oleh Haikel Areff

Daya tahan bateri merupakan antara perkara penting bagi sesebuah telefon pintar hari ini. Selalunya, peranti kelas perdana mempunyai ketahanan bateri yang kurang baik berbanding model-model kelas lain.

Bagi anda yang mencari telefon pintar berkuasa tinggi dengan daya tahan bateri, Huawei Mate 20 mungkin menepati citarasa anda. Ini kerana, menurut ujian yang dilakukan oleh pihak PhoneArena, model tersebut telah muncul sebagai peranti flagship dengan prestasi bateri yang terbaik.

Screenshot 2018-11-16 at 9.34.33 AM
Kredit: PhoneArena

Peranti berkenaan berjaya mencatatkan ketahanan bateri sehingga 14 jam 26 minit, jauh meninggalkan pencabar terdekatnya iPhone XR(11 jam 1 minit).

Screenshot 2018-11-16 at 9.34.59 AM
Kredit: PhoneArena

Malah, model baru Huawei tersebut turut berjaya mengungguli carta pengecasan terbaik apabila merekodkan masa pengecasan terpantas(1 jam 38 minit). Ia tidaklah mengejutkan memandangkan ia hadir dengan sokongan pengecasan pantas yang lebih baik berbanding pencabar-pencabar lain dalam senarai.

Bercakap mengenai kejutan, ia agak mengejutkan apabila dua model iPhone baharu(XR dan XS Max) berjaya mengatasi kebanyakan pencabar lain dari segi ketahanan bateri walaupun mempunyai kapasiti yang agak kecil.

Semua peranti diuji dengan meletakkan tahap kecerahan skrin pada 200-knit sebelum daya tahan bateri direkodkan. Untuk pengecasan, setiap peranti akan dicas menggunakan alat pengecasan yang disediakan pengeluar dalam setiap kotak belian.

 

Kredit gambar utama: AndroidPIT

Sumber: Phone Arena

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Menjelang 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
  • Agoda Kini Ada Pembantu AI Untuk Bantu Rancang Percutian, Buat Tempahan
  • MakaKami, Direktori Baharu Yang Himpun Aplikasi Buatan Malaysia
  • MyCERT Kesan Trojan Windows Disebar Melalui WhatsApp - Fail ZIP Menyamar Sebagai Dokumen Kewangan
  • Penyelidik Bangunkan Peranti Wayarles Yang Mungkin Dapat Bakar Lebihan Gula Dalam Darah Pesakit Diabetis Jenis 2
  • Cara Dapatkan Spotify Pelajar
  • 10 Laman Web Rujukan Akademik Yang Boleh Digunakan Pelajar
©2026 WISER.MY