Samsung menjadi pengeluar pertama yang menghasilkan peranti dengan ciri tersebut melalui Samsung Galaxy A9(2018) yang dilancarkan bulan lepas. Bagaimanapun, peranti berkenaan bukanlah sebuah telefon kelas perdana.
Ia berbeza dengan apa yang dirancang oleh pihak Huawei. Menurut laporan, Huawei mahu membekalkan kekuatan dalaman seperti sistem cip terkini, ruang memori yang besar dan lain-lain spesifikasi premium pada peranti empat kamera mereka itu nanti.
Selain itu, salah saru daripada sensor kamera peranti tersebut akan dibekalkan dengan kebolehan untuk melakukan sehingga 10x pen-zoom-an optikal. Untuk rekod, Huawei Mate 20 Pro dan P20 Pro boleh melakukan 3x zoom optikal manakala Samsung Galaxy A9(2018) pula 2x zoom optikal.
Dalam pada itu, Huawei tidak mahu memberikan sebarang komen mengenai ramalan tarikh pelancaran atau nama bagi telefon tersebut memandangkan ia masih lagi diperingkat kajian.
Sumber: AndroidPIT
Berkaitan
- E3 2018 : Microsoft Sah Sedang Bangunkan Konsol Xbox Terbaru
- Huawei P30 Sah Akan Diperkenalkan Secara Rasmi Di Paris Pada Mac Ini
- Samsung Mula Tawarkan Kemaskini Mod Malam Pada Siri Galaxy S10, Mahu Menyaingi Pixel 3
- Siri Huawei Mate 30 Dilancarkan
- Samsung Didakwa Sedang Membangunkan Kamera Swafoto Bawah Skrin Bagi Tawaran Paparan Penuh
- Samsung Buka Kilang Pengeluar Telefon Pintar Terbesar Di Dunia
- Samsung Umum Pembikinan Program TV Khas Hanya Untuk VR
- Semua khabar Angin Tentang Samsung S8
- Digi Tawar Huawei Siri P20 pada Harga Istimewa Dengan Pelan 'Digi Postpaid 250 Family'
- Jom Lihat Video Promo Galaxy Note 8