Berdasarkan jemputan yang kami terima, ianya akan dilangsungkan di Setia City Convention Centre pada pukul 2 petang. Sebelum ini. Huawei P9 dilancarkan dengan harga RM2,100, manakala Huawei P9 Plus pula pada RM2,600. Kami juga akan melaporkan harga rasmi di Malaysia bersama ulasan ringkas tentang Huawei P10 pada hari tersebut. So stay tuned...
Sebagai recap, P10 dan P10 Plus dikuasai oleh cip pemproses HiSilicon Kirin 960 SoC (4x Cortex-A73 dan 4x Cortex-A53) bersama modem Cat 2/11 dan GPU Mali-G71MP. P10 datang dengan RAM bersaiz 4GB dan storan 64GB, manakala P10 Plus datang dengan pilihan RAM 4GB/storan 64GB atau RAM 6GB/storan 128GB.
Terdapat juga sokongan untuk microSD untuk membesarkan lagi ruang storan(sehingga 256GB). Huawei P10 akan dijalankan dengan sistem operasi EMUI 5.1 berasaskan Android Nougat 7.1.
Seperti flagship mereka sebelum ini, kekuatan kamera merupakan ciri utama yang menjadi tunjang peranti ini. Dengan satu sensor Leica 20-megapixel yang mengambil foto monokrom secara terperinci, dan satu lagi sensor 12-megapixel yang mengambil foto dalam butiran RGB.
Ianya juga menyokong video 4K, pengimbas muka 3D, OIS, 4-dalam-1 hibrid autofokus, hibrid zoom, dan kesan bokeh dalam mod mono. Kamera depan pula memiliki sensor bersaiz 8-Megapixel bersama aperture f/1.9 dan 2 kali kecerahan.
Huawei P10 mempunyai paparan skrin HD 5.1-inci (1080×1920 pixel) dan datang dengan bateri bersaiz 3200mAh. Manakala, Huawei P10 Plus pula mempunyai paparan 5.5 inci 2K (1440×2560 pixel), dan dilengkapi dengan bateri bersaiz 3750mAh.
Skrin kedua-dua telefon pintar ini dilindungi oleh 2.5D Gorilla Glass 5 bersama campuran logam. Kedua-duanya juga mempunyai sokongan pengecasan pantas, dan Huawei mendakwa pengecasan selama 30 minit mampu bertahan sehingga sehari.
Antara ciri baru yang menjadi perhatian adalah pengimbas cap jari yang terbina dibawah skrin dan menyokong fungsi gerakan isyarat seperti contoh sentuh sekali untuk ‘kembali’, sentuh dua kali untuk ‘pergi ke home page‘.
Berkaitan
- Kamera Aksi Pertama LeEco Alternatif Baru GoPro
- Dua Juta Unit Vivo NEX Telah Terjual Dalam Tempoh 6 Bulan
- Vivo V5 Plus Dengan Dwi-Kamera Selfie Akan Dilancarkan 23 Januari Ini
- 5 Sebab Kenapa Perlu Beli Honor 8X
- Mi 8 Pro Dengan Binaan Transparent Yang Cool, Tapi..
- Digi Sediakan Lebih Dari 7000 Kawasan Hotspot Dengan Harga Promosi Serendah RM0.50
- Pocophone Mula Sertai Perang Sindiran, OnePlus Menjadi Mangsa Pertama
- Lenovo Akan Menggunakan Nama Moto Untuk Telefon Seterusnya
- Apple Berkongsi Maklumat iMesage Anda Dengan Pihak Berkuasa?
- Microsoft Umumkan Kerjasama Dengan Casio Untuk Pembinaan Jam Pintar