Berikut merupakan senarai peranti yang telah disahkan akan menerima kemaskini Android 8.0 Oreo:
Peranti Google
Google sudah pun mengeluarkan imej kilang yang mengandungi kemaskini Android 8.0 Oreo untuk peranti mereka seperti Pixel, Pixel XL, Pixel C, Nexus 6P, Nexus 5X dan Nexus Player.
Peranti Xiaomi
Lain pula untuk pengeluar dari China ini kerana mereka baru-baru ini telah mengeluarkan peranti terbaru mereka yang dipanggil Mi A1 yang menggunakan sistem operasi asal dari Google sendiri. Secara automatiknya peranti ini akan mendapat kemaskini yang cepat bukan sahaja untuk Google Android 8.0 Oreo, malah untuk Andorid P yang akan keluar pada tahun hadapan. Setakat ini Xiaomi masih belum mengeluarkan garis masa untuk kemaskini tersebut tetapi difahamkan kemaskini akan bermula pada hujung tahun ini atau awal tahun 2018.
Peranti Sony
Gergasi teknologi dari Jepun pula mengumumkan akan mengeluarkan kemaskini untuk peranti mereka seperti berikut:
Xperia X
Xperia X Performance
Xperia X Compact
Xperia XZ
Xperia XZ Premium
Xperia XZs
Xperia XA1
Xperia XA1 Ultra
Xperia Touch
Xperia XA1 Plus
Sony mungkin akan mula menghantar kemaskini mereka sebelum pengkahiran tahun ini dan paling awal mungkin pada bulan November.
Peranti Motorola
Motorola yang dimiliki oleh Lenovo telah mengumumkan senarai peranti mereka yang akan menerima kemaskini Android 8.0 Oreo:
Moto Z2 Force
Moto Z2 Play
Moto Z Force
Moto Z
Moto Z Play
Moto X4
Moto G5S Plus
Moto G5 Plus
Moto G5
Motorola pula akan mula mengemaskini peranti mereka seawal bulan hadapan atau bulan November. Jika tidak, mungkin hingga hujung tahun ini melihat cara kemaskini Android Nougat dilakukan sebelum ini.
Peranti HTC
HTC U11
HTC U Ultra
HTC 10
Mengikut trend atau jangka masa sama seperti kebanyakkan pengeluar peranti di atas, HTC mungkin akan mengeluarkan kemaskini pada hujung tahun ini atau pada awal tahun 2018.
Peranti Huawei
Setakat ini Huawei mengumumkan kemaskini untuk peranti mereka seperti Honor 8 Pro dan Honor 6X sebelum hujung tahun ini berkemungkinan besar pada bulan Disember.
Peranti OnePlus
Telah disahkan yang OnePlus akan mengemaskini 3 peranti popular mereka iaituĀ OnePlus 5, OnePlus 3T dan OnePlus 3 ke Android 8.0 Oreo. Mereka mungkin akan memulakan proses kemaskini pada bulan Oktober atau November tahun ini.
Peranti Nokia
Nokia yang mula mengeluarkan peranti telefon pintar mereka melalui syarikat HMD Global telah mengumumkan kemaskini Android 8.0 Oreo untuk peranti-peranti ini:
Nokia 3
Nokia 5
Nokia 6
Nokia 8
Syarikat Finland itu akan mula mengemaskini peranti mereka mungkin pada awal tahun 2018.
Itu merupakan senarai peranti-peranti telefon pintar yang sudah diumumkan bakal menerima kemaskini Android 8.0 Oreo. Untuk tarikh atau masa kemaskini tersebut mula sampai ke peranti masing-masing masih belum dapat dipastikan kerana ini bergantung kepada pengeluar masing-masing untuk mengotakan janji mereka selama ini.
Sumber
Berkaitan
- 5 Ciri OxygenOS Menarik Pada Telefon OnePlus Untuk Pengguna Android Minimalis
- Android O Semakin Menghampiri Dengan Siri Terakhir Preview Pembangun Telah Siap
- Facebook Didapati Mengumpul Rekod Panggilan Pengguna Dan Data SMS Dari Peranti Android
- Peranti Telefon Nokia Ini Dijamin Akan Mendapat Kemaskini Hingga Android P
- Android Ada Fungsi Boleh Elak Kepala Anda Dari Terhantuk Sewaktu Berjalan
- Instagram Baiki Pepijat Yang Menyebabkan Aplikasi Android Tidak Boleh Dibuka
- 38 Peranti Popular Android Siap Dipasang Dengan Malware
- OnePlus 3 Dan 3T Akan Dikemaskini Dengan Android O
- Bagaimana Untuk Memasang Kemaskini Windows 10 Creator Tanpa Masalah
- Instagram Sedang Menguji Fungsi 'Follows You' Untuk Android