Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Senarai Telefon Xiaomi Yang Dikhabarkan Bakal Menerima Kemaskini Android Nougat

Senarai Telefon Xiaomi Yang Dikhabarkan Bakal Menerima Kemaskini Android Nougat

Diterbitkan Julai 5, 2017 · Dikemas kini Julai 5, 2017 oleh Helmi Samsuri

Xioami merupakan antara pengeluar yang dikira aktif memberikan kemaskini kepada pengguna peranti mereka terutama sekali dari segi antaramuka MIUI.

Terbaru, sebuah foto telah tersebar dan dipercayai ia adalah senarai telefon Xiaomi yang bakal dinaik taraf sistem operasi kepada Android Nougat.

Foto yang bertulisan Cina itu menyenaraikan 14 buah peranti bakal menerima kemaskini Nougat 7.0 dan Nougat 7.1.

Senarai Telefon Xiaomi Yang Dikhabarkan Bakal Menerima Kemaskini Android Nougat

Daripada jumlah itu, sebanyak 10 buah model akan dinaik taraf kepada Nougat 7.0 dan baki 4 buah akan beroperasi dengan Nougat 7.1.

Berikut merupakan senarai telefon:

Nougat 7.0

  • Mi Max
  • Mi 5
  • Mi 5s
  • Mi 5s Plus
  • Mi 4c
  • Mi 4s
  • Mi Note
  • Mi Note 2
  • Mi MIX
  • Redmi Note 4x

Nougat 7.1

  • Mi 6
  • Mi Max 2
  • Mi 5C
  • Redmi 4X

Walaupun dilancar pada tahun ini, Xiaomi Redmi 4 dan Redmi Note 4 tiada dalam senarai diatas, dan tidak mustahil ia akan terus menerima kemaskini Android 8.0 yang dijangka pelancarannya dalam tahun ini juga.

Sumber: IT House

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Wise Naikkan Had e-Wallet Kepada RM50,000, Tertinggi Di Malaysia
  • JPJ Wajibkan Pengguna Kemas Kini Maklumat Profil, Persediaan Untuk Ciri Digital Baharu
  • Signal Tambah Perlindungan Skrin Untuk Hadkan Akses Pembantu AI Seperti Gemini, Siri AI
  • CARSOME Premium Dilancar, Kereta Terpakai BMW Dan Mercedes-Benz Dengan Waranti Sehingga 5 Tahun
  • Pengesahan Pembangun Android Diperluas Ke Seluruh Dunia, Pelaksanaan Bermula Januari 2027
  • MyCERT Kesan Scam Bantuan Laptop Percuma, Laman STR Palsu - Akaun Telegram Jadi Sasaran
  • Jenama Telefon Terkini Dengan Android Asli
  • YTL Nafi Dakwaan Pusat Data Bantu Pemindahan GPU Nvidia Kepada Pelanggan China
©2026 WISER.MY