Senarai Telefon Dengan Snapdragon 8 Gen 1 Yang Dijual Di Malaysia

Snapdragon 8 Gen 1 seperti diketahui semua merupakan cip paling baharu dan berkuasa yang boleh dibeli buat masa sekarang.

Pastinya mereka yang sedang memburu telefon andalan kini mencari-cari telefon manakah yang berjantungkannya yang dijual di pasaran tempatan.

Di bawah ialah senarai kesemua telefon dengan Snapdragon 8 Gen 1 yang tersedia secara rasmi di Malaysia.

Xiaomi 12




Kedua-dua ini antara peranti terawal dilancarkan dengan Snapdragon 8 Gen 1.

Saiz skrin Xiaomi 12 ini adalah sebesar 6.28 inci. Dengan saiz tersebut, peranti ini sangat selesa apabila dipegang. Skrin yang digunakan adalah jenis AMOLED, FHD+, HDR10+ dengan kadar segar semula 120Hz AdaptiveSync dan 480Hz kadar input sentuh.

Xiaomi memfokuskan kelebihan fotografi yang terdapat pada Xiaomi 12 kali ini. Terdapat 3 lensa yang dimuatkan iaitu 50MP lensa utama, 13MP lensa ultra lebar, dan 5MP lensa telemakro.

Walaupun dengan saiz yang agak kecil, Xiaomi 12 ini disumbatkan dengan bateri berkapasiti 4,500mAh dengan menyokong pengecasan pantas 67W yang mampu mengecas penuh dalam masa 39 minit. Selain itu, ia juga menyokong pengecasan wayarles 50W dan pengecasan berbalik 10W.

Xiaomi 12 ini akan hadir dengan 3 pilihan warna iaitu Gray, Purple dan Blue dijual dengan harga RM2899 untuk varian 8GB+128GB dan RM2999 untuk varian 8GB+256GB.
Beli Xiaomi 12 di:
Lazada - https://invol.co/cl9qkn2
Shopee -https://invol.co/cl9qkph

Xiaomi 12 Pro




Xiaomi 12 Pro dikuasakan Snapdragon 8 Gen 1 dengan binaan 4nm bersama Adreno 730G, bateri sedikit lebih besar berbanding versi biasa iaitu 4,600mAh dengan pengecasan pantas 120W, pengecasan 50W tanpa wayar dan pengecasan berbalik 10W.

Yang menjadi tumpuan model Pro ini ialah kameranya yang hadir dengan tiga lensa 50MP. Kamera utamanya menggunakan Sony IMX707 dengan OIS dan sensor 1/1.128 inci, kemudian sebuah kamera telefoto dan sebuah lagi kamera ultra lebar yang juga buatan Samsung. Seperti versi bukan Pro, kamera swafotonya juga 32MP.

Xiaomi 12 Pro hadir dengan jaminan selama 2 tahun dan pengguna boleh mendapat gantian skrin secara percuma dalam masa 6 bulan pertama selepas pembelian.

Kesemua siri Xiaomi 12 akan langsung disertakan dengan Android 12 dan MIUI 13. Untuk kemas kini, ia dijanjikan 3 versi Android bersama tampalan keselamatan selama 4 tahun.

Untuk pasaran Malaysia, Xiaomi 12 Pro dengan 12GB+256GB ditawarkan pada harga RM3,899.
Beli Xiaomi 12 Pro di sini:
Lazada - https://invol.co/cl9qj77
Shopee - https://invol.co/cl9qj83

Motorola Moto Edge 30 Pro




Lenovo Malaysia secara rasmi sudah membawa masuk Moto Edge 30 Pro ke pasaran Malaysia sejak Mac lalu.

Edge 30 Pro ini adalah penjenamaaan semula daripada Edge X30 yang telah dilancarkan di pasaran China.

Untuk spesifikasi, dikuasakan dengan Snapdragon 8 Gen 1, skrin berukuran 6.7 inci FHD+ jenis P-OLED, kadar segar semula 144Hz, sistem 3 kamera (50MP utama, 50MP ultra lebar, 2MP depth) dan 60MP swafoto.

Ia menjalankan Android 12, sokong pengecasan pantas 68W, wayarles 15W dengan bateri sebesar 4800mAh dan sistem audio Dolby Atmos.

Ia hadir dengan satu varian saja iaitu RAM 12GB dan storan sebesar 256GB pada harga RM2,699.
Beli Moto Edge 30 Pro di sini:
Lazada - https://invol.co/clawi25
Shopee - https://invol.co/clawi1l

OnePlus 10 Pro




OnePlus 10 Pro ini sudah dipasarkan di Malaysia pada April lalu dan secara tiba-tiba diumumkan melalui media sosial OnePlus Malaysia.

Telefon yang dikuasakan Snapdragon 8 Gen 1 dan bateri sebesar 5000mAh ini menyokong pengecasan SUPERVOOC 80W dan 50W untuk tanpa wayar.

Skrin AMOLED-nya bersaiz 6.7 inci mempunyai sehingga 120Hz selain menggunakan teknologi LTPO 2.0. Dengan kerjasama Hasselblad, tiga kamera belakangnya pula terdiri daripada 48MP (Sony IMX789), 50MP (Samsung) dan 8MP.

Samsung Galaxy S22




Sebagai model paling kecil, Galaxy S22 hadir dengan skrin 6.1 inci Dynamic AMOLED 2X FHD+ dengan kadar segar semula adaptif 10-120Hz. Skrinnya juga turut dimuatkan dengan pengimbas cap jari ultrasonik.

Kamera yang dimuatkan pada siri S22 adalah lebih berkuasa berbanding S21. Kali ini ia menggunakan 50MP utama, 12MP sudut lebar, 10MP telefoto dan juga swafoto 10MP.

Untuk pasaran Malaysia, yang digunakan adalah Snapdragon 8 Gen 1, bukannya Exynos 2200 oleh Samsung sendiri. Ia dipadankan dengan RAM 8GB manakala storan sehingga 256GB.

Bateri agak menyedihkan untuk Galaxy S22 kerana hanya sekecil 3,700mAh berbanding 4,000mAh pada Galaxy S21 tahun lepas. Sementara pengecasan pantas adalah berkuasa 25W dan turut menyokong pengecasan tanpa wayar 15W.

Untuk varian 128GB, ia dijual pada RM3,499 manakalan varian 256GB pada RM3,699.
Beli di sini:
Lazada - https://invol.co/clawr03
Shopee - https://invol.co/clawqxn

Galaxy S22 Plus




Galaxy S22+ adalah merupakan varian lebih besar memuatkan skrin lebih luas dengan 6.6 inci Dynamic AMOLED 2X FHD+ dengan kadar segar semula adaptif 10-120Hz. Turut juga terdapat pengimbas cap jari ultrasonik.

Sistem kamera adalah sama sahaja dengan S22 iaitu 50MP utama, 12MP sudut lebar, 10MP telefoto dan juga swafoto 10MP.

Cip yang digunakan adalah Snapdragon 8 Gen 1 dengan RAM 8GB sementara storan sehingga 256GB.

Bateri berkapasiti 4,500mAh disumbat dalam S22+ manakala pengecasan pantas menariknya lebih pantas dari S22 iaitu 45W. Pengecasan tanpa wayar juga masih lagi 15W.

Ia dijual pada RM4,099 (8GB+128GB) dan RM4,299 (8GB+256GB)
Beli Galaxy S22+ di:

Shopee - https://invol.co/clawlrf
Lazada - https://invol.co/clawlqg

Galaxy S22 Ultra




Skrin pada Galaxy S22 Ultra adalah lebih besar dengan 6.8 inci Edge QHD+ Dynamic AMOLED 2X bersama kecerahan maksimum 1750 nit. Ia juga turut menyokong kadar segar semula adaptif 1-120Hz di samping input sentuh sehingga 240Hz.

Seperti S22 dan S22+, S22 Ultra turut dikuasakan cip Snapdragon 8 Gen 1  dengan pilihan RAM sehingga 12GB serta storan sehingga 512GB tanpa sokongan microSD.

Bahagian kamera belakang pula dibarisi sistem 4 kamera - 108MP utama, 12MP sudut lebar, 10MP telefoto 3x optikal, dan 10MP telefoto 10x optikal dengan zum lebih jauh. Swafoto pula adalah dari unit 40MP.

Untuk ulasan Galaxy S22 Ultra, anda boleh baca di sini.

Berikut merupakan varian yang dijual untuk pasaran Malaysia.

  •  128GB – RM5,099

  • 256GB – RM5,499

  • 512GB – RM5,899


Beli Galaxy S22 Ultra di:

Lazada - https://invol.co/cl9yi8l
Shopee - https://invol.co/cl9yi6u

POCO F4 GT




Peranti ini dikuasakan cip terpantas Snapdragon 8 Gen 1 dengan konfigurasi memori sehingga 12GB RAM dan storan dalaman UFS 3.1 sehingga 256GB.

Dilengkapi paparan seluas 6.67 inci berpanelkan AMOLED 120Hz dan dimuatkan bateri sebesar 4700mAh dengan sokongan pengecasan pantas 120W.

Bahagian kameranya tidak diketepikan, tampil dengan kamera utama 64MP, 8MP sudut ultra lebar dan 2MP makro. Sementara 20MP pula ditugaskan untuk lensa swafoto.

HyperCharge padanya didakwa mampu mengecas POCO F4 GT daripada 0% hingga 100% dalam masa 17 minit sahaja.

POCO F4 GT dijual pada pada tanda harga RM2,299 untuk variasi 8GB+128GB dan RM2,499 untuk variasi 12GB+256GB.
Beli POCO F4 GT di Shopee:
8+128GB - https://invol.co/clajkwm
12+256GB - https://invol.co/clajkws

Beli POCO F4 GT di Lazada:
8+128GB - https://invol.co/clajkx4

vivo X80 Pro




Di bahagian hadapan, ia disertakan 6.78 inci skrin E5 LTPO 2.0 AMOLED dengan 120Hz dan resolusi QHD+.

Baterinya pula sebesar 4,700mAh dengan pengecasan pantas 80W. Untuk pengecasan, ia juga menyokong pengecasan tanpa wayar dengan kelajuan sehingga 50W.

Menjadi tumpuan siri ini ialah kameranya. 4 kamera di belakang dan 1 di hadapan ialah seperti berikut:

  • 50MP (ISOCELL GNV), 1/1.3", f/1.57

  • 48MP (IMX598) sudut lebar,  1/2.0", f/2.2

  • 12MP (IMX663) 2x zum, 1/2", f/1.8

  • 8MP 5x zum, f/3.4

  • 32MP swafoto


Antara ciri tambahan lain pula ialah sistem penyejukan 27 lapis, cip audio Hi-Fi, perlindungan IP68 dan pembesar suara stereo.

Keluar dari kotak, ia menjalankan OriginOS dengan Android 12. Ia hadir dengan 3 warna iaitu hitam, jingga dan hijau seperti turqouise.

Dengan hanya satu varian (12GB+256GB) tersedia di Malaysia, ia didagangkan pada harga RM4,999.
Beli vivo x80 Pro:
Shopee - https://invol.co/clawlyg
Lazada - https://invol.co/clawm0p

OPPO Find X5 Pro




Telefon ini juga seperti vivo x80 Pro di mana kedua-dua menumpukan terhadap kemampuan kamera yang luar biasa.

Skrin AMOLED padanya bersaiz 6.7 inci, RAM pula 8GB dan 12GB manakala storan pula sebesar 256GB dan 512GB. Baterinya berkapasiti 5000mAH dengan sokongan pengecasan berwayar 80W, pengecasan wayarles 50W, pengecasan berbalik 10W

Tiga kamera di belakang ialah 50MP utama, 50MP ultra lebar, 13MP telefoto. Kamera swafoto pula 32MP.

Bukan itu sahaja, cip khas, MariSilicon X untuk memproses gambar juga disertakan padanya, menjanjikan pengalaman bergambar lebih lancar dengan kualiti tertinggi.

Antara kelebihannya juga ialah ia siap dipasang Android 12 dengan ColorOS 12. Ini bermakna dari segi perisian, ia boleh digunakan jangka masa panjang kerana diberi perhatian oleh OPPO.
Beli OPPO Find X5 Pro:
Lazada - https://invol.co/clattay
Shopee - https://invol.co/clattad

realme GT 2 Pro




Dikuasakan Snapdragon 8 Gen 1, ia memiliki RAM sebesar 12GB dan storan 256GB.

Untuk paparan, telefon ini hadir dengan skrin rata AMOLED E4LTPO 2.0 dengan resolusi 2K bersaiz 6.7 inci berketumpatan 525 PPI.

Keluar dari kotak, ia langsung menjalankan Android 12 bersama antara muka realme 3.0.

realme mengatakan realme GT 2 Pro ialah telefon dengan ruang penyejukan terbesar di dunia seluas 36,761mm² .

Telefon ini juga mempunyai struktur penyejukan 9 lapisan dengan ruang vapour chamber keluli tahan karat seluas 4,129mm².

Kamera di bahagian pula dilengkapkan 3 lensa iaitu 50MP+50MP+3MP (150 darjah) manakala 32MP untuk swafoto.

Dengan bateri 5,000mAH, ia menyokong pengecasan pantas 65W SuperDart. Untuk gaming, pengguna boleh mengaktifkan GT mode 3.0 yang akan mengoptimasikan telefon sesuai dengan keperluan permainan.
Beli realme GT 2 Pro
Lazada - https://invol.co/clawr40
Shopee - https://invol.co/cl9wqy4

HONOR Magic4 Pro




Peranti ini masih belum dirasmikan di Malaysia namun akan dilancarkan pada 1 Jun ini.

Ciri-ciri utama yang lain tentang telefon pintar ini juga adalah videografi sinematik, pengecas tanpa wayar 100W yang pertama dalam industri.

Model Pro hadir dengan 50MP utama, 50MP ultra lebar, 64MP (zum digital 100x) periskop dan sensor dTOF yang membantu dalam pemfokusan dan kualiti gambar.

Untuk reaksi awal, anda boleh bacanya di sini.

Ia mungkin dijual pada tanda harga sekitar RM4,999 atau mungkin sekitar RM4000.

Setakat artikel ini ditulis, inilah telefon-telefon yang menggunakan Snapdragon 8 Gen 1 di Malaysia.

Baca juga: