Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

OnePlus 10 Pro Dijual Pada Harga Rasmi RM4,199 Di Malaysia

Posted on April 4, 2022

OnePlus Malaysia di laman Facebook mereka telah mengesahkan bahawa OnePlus 10 Pro akan dipasarkan di Malaysia bermula 5 April 2022.

Telefon yang dikuasakan Snapdragon 8 Gen 1 dan bateri sebesar 5000mAh ini menyokong pengecasan SUPERVOOC 80W dan 50W untuk tanpa wayar.

Skrin AMOLED-nya bersaiz 6.7 inci mempunyai sehingga 120Hz selain menggunakan teknologi LTPO 2.0.

Dengan kerjasama Hasselblad, tiga kamera belakangnya pula terdiri daripada 48MP (Sony IMX789), 50MP (Samsung) dan 8MP.

Ia tersedia dalam dua warna iaitu Emerald Forest dan Volcanic Black namun hanya hadir dalam varian 12GB + 256GB.
Dengan harga rasmi RM4,199, pembeli terawal melalui kedai dalam talian berpeluang mendapat OnePlus Watch 46mm yang bernilai RM699.
Klik di sini untuk beli di Lazada atau di sini untuk Shopee.

Sumber: OnePlus Malaysia

Baca juga:

  • Telefon Ni Memang Sedap Buat ‘Gaming’, ‘Power’ Tapi Harga Mesra Poket
  • 5 Sebab Telefon Ini Paling Berbaloi Untuk Dimiliki
  • Bukan Nak Minta Kerja Je Kena Ada Kabel, Nak Internet Laju Pun Kabel Kena Besar

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress