Snapdragon 8+ Gen 1 Dan Snapdragon 7 Gen 1 Rasmi, Peranti Pertama Seawal Julai

Snapdragon telah memperkenalkan dua cip baharu iaitu Snapdragon 8+ Gen 1 bagi kelas andalan dan Snapdragon 7 Gen 1 bagi kelas pertengahan.

Sebelum ini, ia sering dirujuk sebagai 8 Gen 1+ namun rupa-rupanya nama rasminya didedahkan sebagai 8+ Gen 1.

Untuk cip ini, ia diiklankan mempunyai prestasi CPU 10% lebih baik dan 30% lebih cekap dalam pengurusan tenaga. Cortex-X2 kini boleh mencecah 3.2Ghz, sama seperti cip lama iaitu Snapdragon 870.

Qualcomm Snapdragon 8+ Gen 1 unveiled: 30% more efficient CPU and GPU, 10% faster

Dari segi grafik pula, GPU-nya pula boleh menjalankan frekuensi 10% lebih tinggi dengan 30% kuasa lebih rendah. Enjin AI pula 20% lebih berkuasa.

Cip andalan baharu ini dikeluarkan oleh TSMC dengan binaan 4nm.



Bagi Snapdragon 7 Gen 1 pula, ia juga mengguna seni bina 4nm serta dipasangkan dengan cip grafik Adreno 662.

Qualcomm berkata ia mampu mengendalikan grafik 20% lebih pantas berbanding Snapdragon 778G. Untuk prestasi AI pula, dikhabarkan 30% lebih bagus.

Cip ini menggunakan modem Snapdragon X62 5G yang mampu memuat turun sehingga dengan kelajuan maksimum 4.4 Gbps  selain turut menyokong Wi-Fi 6E dan Bluetooth 5.3.

Dengan cip pengimejan Qualcomm Spectra, ia membolehkan peranti mengambil gambar pada resolusi 200MP dan merakam video HDR 4K.

Juga disahkan ialah peranti daripada Xiaomi, OPPO dan HONOR yang dijana cip 7 Gen 1 ini akan tiba di pasaran selepas Julai tahun ini dan OPPO Reno8 akan menjadi terawal.

Baca juga: