Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
tng lazada

Touch ‘n Go Buka Pra Tempah Kad NFC Di Lazada Bermula Esok

Diterbitkan September 8, 2022 ยท Dikemas kini September 8, 2022 oleh Amalina Athman

Sejak kad TNG NFC mula dilancarkan, ia sentiasa mendapat permintaan yang tinggi sehingga ada yang tidak sempat membuat pembelian. Namun kini, tidak perlu risau bagi yang tidak sempat mendapatkan kad berkenaan pada tempoh hari.

Ini kerana, sempena jualan 9.9 yang berlangsung di Lazada bermula esok, Touch ‘n Go kini dikhabarkan akan membuka pra-tempah kad TNG NFC melalui platform itu.

Berkaitan

  • Sebelum Beli, Ketahui Perkara Ini Dahulu Tentang Kad TNG NFC
  • Nak Beli Kad TNG NFC? Ini Cara Semak Jika Telefon Anda Sokong Ciri NFC

Dijual pada harga yang sama iaitu RM10 melalui Lazada, kad TNG NFC boleh didapati pada 9 September bermula jam 9 pagi. Dinyatakan, penghantaran mungkin mengambil tempoh 14 hari berikutan permintaan yang tinggi terhadap kad tersebut.

tng nfc

Bagi yang belum tahu, kad TNG NFC dilengkapi sepenuhnya dengan teknologi NFC. Ia merupakan satu inisiatif baharu yang dibangunkan oleh TNG untuk memudahkan pengguna membuat tambah nilai melalui aplikasi TNG eWallet pada bila-bila masa.

Untuk membuat pra-tempah kad TNG NFC, ianya boleh dilakukan melalui pautan ini bermula esok, jam 9pagi.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • MCMC Lantik TM Bangunkan Projek Kabel Dasar Laut MADANI Bernilai RM2.7 Bilion
  • EV Kini Bantu Jimatkan 1.2 Juta Tong Minyak Global Sehari - Laporan
  • Apple Pay Kini Sokong Kad Public Bank
  • Cat 'Serap' Karbon Dan Pantul Haba Ciptaan Penyelidik UTM Sasar Pasaran Global
  • HONOR Magic9 Pro Max Kini Boleh Ditempah Di Malaysia, Hadiah Bernilai RM5,006 Untuk Pembeli Awal
  • ChatGPT Kini Gantung Akses 24 Jam Jika Cuba Cari CSAM
  • Apple Didakwa Rancang Usia Usang Peranti Bagi Meningkatkan Jualan iPhone
  • GrabPay Bakal Tambah Sokongan DuitNow Transfer
©2026 WISER.MY