Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Senaman Malam Sebabkan Kematian Mengejut Adalah Tidak Benar – MyCheck Malaysia

Senaman Malam Sebabkan Kematian Mengejut Adalah Tidak Benar – MyCheck Malaysia

Diterbitkan Mac 28, 2024 · Dikemas kini Mac 28, 2024 oleh ariff bukhari

Tular di media sosial berkenaan dakwaan bahawa aktiviti bersenam dan bersukan pada waktu malam boleh membawa maut.

Dakwaan itu dibuat menerusi platform X  mengenai trend bersukan pada waktu malam yang dianggap tidak bersesuaian kerana dikatakan boleh menjejaskan kesihatan.

Respon terhadap dakwaan itu, laman semakan fakta, MyCheck telah membuat semakan ke atas dakwaan tersebut dengan mendapati senaman pada waktu malam adalah selamat dan membantu mendapatkan tidur yang berkualiti, selagi individu itu ‘mengukur baju di badan sendiri’ iaitu mengikut kemampuan diri dan intensiti tidak terlalu tinggi, selain memastikan rehat yang cukup.

Public Health Malaysia dalam satu hantaran di Facebook awal tahun ini juga menekankan bahawa aktiviti senaman pada waktu malam adalah selamat, selagi mengikut kemampuan diri, tidak terlalu memaksa dan memastikan rehat yang mencukupi.

senaman malam

Menurut mereka, tahap senaman berintensiti ringan hingga sederhana pada waktu malam boleh membantu seseorang itu untuk tidur lebih cepat dan mendapat tidur yang berkualiti.

Hasil daripada semakan mereka, MyCheck menyimpulkan bahawa dakwaan bersenam pada waktu malam boleh menyebabkan kematian mengejut adalah tidak benar.

MyCheck Malaysia mendapati, waktu bersenam bukanlah faktor berlakunya kematian mengejut, sebaliknya status kesihatan individu, tahap intensiti senaman, daya tahan tubuh serta gaya hidup tidak sihat menjadi antara penyumbang utama.

“Sentiasa listen to our body, maksudnya kita tahu keadaan badan dan perlu mengikut kadar intensiti dan tidak boleh push macam atlet Olimpik,” Dr Md Rahmani, pakar perubatan sukan dari Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) yang menjawab isu ini pada MyCheck.

Berkaitan

  • Tak Perlu Tunggu Lama, Telefon Ni Mampu Dicas Penuh 10 Minit Sahaja
  • Siri Redmi Note 13, Ciri 'Flagship' Kini Ada Pada 'Midrange'
  • Bajet RM700 Pun, Telefon Ini Mampu Puaskan Nafsu 'Gaming' Anda
  • 3 Sebab Telefon Ini 'Tapau' Telefon Bawah RM400 Yang Lain
  • Rekaan Cantik, Harga Menarik, Ini Model Telefon vivo Yang Dicari Ramai Di Malaysia
  • Nak Telefon Sedap Pegang Dan 'Power'? Ini Yang Anda Cari

Sumber: MyCheck Malaysia

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Yes Dan Ryt Bank Kini Jadi Rakan Penaja Rasmi FAM
  • Tentera Laut AS Berjaya Uji Dron Pengisi Minyak Di Udara Secara Kawalan Jauh Lebih 3,380 Km Dari Kapal Pengangkut
  • BYD Perinci Pelaksanaan Flash Charging Di Malaysia, DENZA Z9GT Sokong Cas 5 Minit
  • Sony Perkenal Sensor Imej 1mm Untuk Endoskop Pakai Buang
  • Apa Itu 'Timing Chip' Dan Bagaimana Ia Digunakan Dalam Maraton?
  • Virgin Galactic Perkenal Apeiron, Sasar Bawa Pelancong Ke Angkasa Pada 2027
  • Syarikat Semikonduktor Korea Selatan Perkenal LED Putih Tanpa Unsur Nadir Bumi
  • (Ulasan) Nothing Phone (4b): Bukan Telefon Yang Teruk, Cuma Pesaing Lebih Menarik
©2026 WISER.MY