Semua Model iPhone Kini Tidak Lagi Disertakan Pengecas Dan Earpods Dalam Kotak Pembelian

Dalam acara yang berlangsung semalam, Apple telah mengumumkan empat model baharu iPhone 12. Melalui acara itu juga, Apple mengesahkan setiap model iPhone 12 hanya disertakan kepala pengecas USB-C ke Lightning dalam kotak pembelian.

Kini, laman Apple memperlihatkan bukan hanya model baharu itu yang tidak akan disertakan pengecas dan Earpods dalam kotak pembelian. Malah, kesemua model iPhone yang masih ditawarkan juga akan mengikuti jejak langkah penawaran iPhone 12.

kotak pembelian iPhone

Antara model yang dimaksudkan adalah iPhone SE, iPhone XR dan iPhone 11. Pembelian ketiga-tiga model ini akan disertakan kabel USB-C ke Lightning sebagai penaiktarafan dari kabel USB-A ke Lightning yang ditawarkan sebelum ini.

Selain menjadikan kotak pembelian lebih nipis, Apple menyatakan langkah ini adalah bertujuan untuk mengurangkan impak kepada alam sekitar. Apple menjangkakan lebih 2 juta tan karbon dapat disingkirkan pada setiap tahun menerusi langkah yang diambil ini.