Apple Kini Lebih Minimalis - Dalam Kotak iPhone Tiada Lagi Pengecas Dan Fon Telinga Disertakan

Minimalis mungkin bukan perkataan yang sesuai.

Pada pelancaran iPhone 12 sebentar tadi, Apple turut memberikan penekanan impak terhadap alam sekitar hasil dari penjualan produk Apple.

Sehubungan dengan itu, Apple tidak akan menyertakan pengecas dan juga fon telinga di dalam kotak iPhone 12. Sebelum ini juga Apple telah membuang pengecas untuk Apple Watch.

Jadi tidak mengejutkan jika Apple mengikuti perkara yang sama untuk iPhone terbaharu pula.

Menurut Apple, dengan langkah terbaru mereka ini, mereka menjangkakan lebih dari 2 juta tan karbon tahunan dapat disingkirkan. Jumlah ini adalah bersamaan dengan membuang 450,000 kereta dari jalan raya setiap tahun.

Disebabkan tiada lagi pengecas dan fon telinga, kotak pada iPhone 12 lebih kecil, nipis dan juga ringan.

Berkaitan