Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
atari x activision

Selepas Lebih 40 Tahun, Game Klasik Activision Kembali Ke Katrij Atari

Diterbitkan Ogos 27, 2026 · Dikemas kini Ogos 27, 2026 oleh Amsyar Latif

Atari dan Activision menghidupkan kembali nostalgia era awal permainan video dengan menerbitkan semula 39 game klasik Activision dalam bentuk katrij untuk konsol Atari.

Dikenali sebagai Atari x Activision Collection, koleksi tersebut merangkumi sejumlah judul popular yang pernah dikeluarkan untuk Atari 2600 seperti Pitfall!, River Raid, Kaboom!, MegaMania, Enduro dan H.E.R.O..

Menariknya, cartridge baharu itu bukan sahaja boleh dimainkan pada konsol moden Atari 2600+ dan Atari 7800+, malah turut serasi dengan Atari 2600 dan Atari 7800 asal.

Ini bermakna pemilik perkakasan Atari yang berusia puluhan tahun masih boleh menggunakan cartridge keluaran baharu tersebut pada konsol mereka.

Screenshot 2026-08-27 at 12.09.30 PM

Atari menawarkan beberapa permainan secara individu menerusi Standard Edition dengan harga RM143.13 setiap satu. Versi ini hadir dengan katrij berwarna hitam serta manual baharu berwarna penuh.

Kesemua 39 permainan turut dibahagikan kepada empat koleksi Deluxe iaitu Treasure, Speed, Secrets dan Victory.

Screenshot 2026-08-27 at 12.18.06 PM

Treasure Collection menjadi set pertama dan merangkumi 10 permainan termasuk Pitfall!, River Raid, MegaMania dan Chopper Command. Set tersebut dijadual dihantar pada November 2026 dengan harga RM1,022.60, sementara tiga lagi koleksi akan menyusul pada 2027.

Setiap permainan Deluxe hadir dengan katrij berwarna, patch tenunan serta pin enamel. Atari turut menawarkan Ultimate Deluxe Set yang menggabungkan kesemua empat koleksi pada harga RM4,090.39.

Kerjasama ini mempunyai nilai sejarah tersendiri.

Pada 1979, empat pengatur cara Atari meninggalkan syarikat tersebut dan menubuhkan Activision, yang kemudiannya menjadi pembangun permainan video pihak ketiga pertama di dunia.

https://x.com/atari/status/2092529615344455910?s=20

Activision seterusnya menghasilkan sejumlah permainan terlaris untuk Atari 2600, termasuk Pitfall!, River Raid dan Kaboom!.

Hampir lima dekad kemudian, permainan-permainan berkenaan kini kembali diterbitkan secara rasmi dalam format katrij Atari, sekali gus memberi peluang kepada peminat lama dan pengumpul menikmati semula judul klasik tersebut menggunakan perkakasan asal atau konsol Atari moden.

Berkaitan

  • 8 Sebab Utama 'Gamers' Masih Lebih Suka Memiliki CD Berbanding Format Digital
  • Xbox Umum Ciri Cakera Ke Digital - Pemilik Permainan Fizikal Kini Boleh Tebus Kelayakan Digital

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Apple Creator Studio Terima Ciri AI Baharu, Pembantu AI Kini Dalam Keynote, Pages Dan Numbers
  • Apple Lancar iMac M6, Harga Malaysia Bermula RM6,499
  • MacBook Pro 14 Inci Dengan Cip M6 Kini Rasmi - Harga Bermula RM8,299
  • Siri vivo X500 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM4,699
  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
©2026 WISER.MY