{suggest}
Wakil NASA memaklumkan mereka lebih memilih pelancaran waktu siang, berikutan waktu malam mempunyai penglihatan yang lebih rendah. Bagaimanapun, Jim Free yang merupakan pentadbir bersekutu di Direktorat Misi Pembangunan Sistem NASA menyatakan pasukan itu yakin bahawa pelancaran waktu malam boleh dilakukan dengan selamat dan memenuhi semua keperluan misi.
Bagi khalayak awam, pelancaran malam bermakna pandangan tidak akan begitu baik, tetapi masih ada beberapa visual yang tersedia.
https://twitter.com/NASAArtemis/status/1588268543359033346
Misi Artemis I pada 14 November adalah untuk menguji roket Sistem Pelancaran Angkasa (SLS) NASA untuk menghantar kapsul Orion mengelilingi bulan. Ia merupakan sebahagian daripada usaha agensi itu untuk membawa manusia kembali ke permukaan bulan menjelang 2025.
Terdahulu, pelancaran Artemis 1 telah beberapa kali ditangguhkan, berikutan suhu enjin yang tidak berada pada suhu sepatutnya ketika ujian enjin dijalankan, kebocoran minyak serta gangguan akibat taufan.
Sementara itu, jika terdapat sebarang isu menjelang pelancaran pada 14 November nanti, NASA menyediakan tarikh lain sebagai sandaran iaitu pada 16 dan 19 November.
Gambar utama: NASA
Sumber: The Verge
Berkaitan
- Apple Hadkan Tetapan AirDrop Dalam Kemas Kini iOS 16.2 Akan Datang
- Semua Aplikasi Google Workspace Termasuk Gmail Akan Tamatkan Sokongan Internet Explorer 11 Pada 2021
- Promosi 11.11: Xiaomi Tawar Pelbagai Produk Dengan Diskaun Sehingga 47%
- 11 Perkara Baharu Dalam Kemaskini Android 11
- Kemas Kini iOS 16.0.2 Dilepaskan Dengan Sejumlah Baik Pulih Pepijat, Termasuk Isu Kamera Bergetar
- OPPO Malaysia Bakal Lancar Siri Reno10 Pada Minggu Depan
- Ini Adalah Sejumlah 117 Emoji Baharu Yang Dimuatkan Pada Kemaskini Android 11
- Siri realme Q2 Akan Diperkenal Pada 13 Oktober Ini
- Imej Mi 11 Lite Didakwa Tertiris, Perlihatkan Rekaan Sebenar
- Apple Mungkin Terpaksa Melupakan Sokongan Paparan 120Hz Pada iPhone 12 Pro