Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
NASA Umum Tarikh Baharu Bagi Pelancaran Roket Artemis 1

NASA Umum Tarikh Baharu Bagi Pelancaran Roket Artemis 1

Diterbitkan September 14, 2022 oleh Amalina Athman

Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan (NASA) kini menjadualkan tarikh baharu bagi pelancaran roket Artemis 1, iaitu pada 27 September nanti.

Berkaitan

  • NASA Akan Kembali Ke Bulan Menerusi Artemis 1 Hari Ini
  • Selepas Percubaan Pertama Gagal, Artemis 1 Dijadualkan Lancar Pada Sabtu Ini Pula
  • Pelancaran Roket Artemis Terpaksa Ditangguh lagi

Bagaimanapun, NASA turut mengumumkan 2 Oktober sebagai tarikh sandaran jika pelancaran tersebut tidak berjalan seperti yang dirancang. Agensi itu pada asalnya mempertimbangkan untuk mencuba semula pelancaran seawal 23 September, namun memutuskan pada tarikh kemudian selepas mengambil kira “pertimbangan teliti bagi pelbagai topik logistik.”

Misi Artemis I akan menggunakan megaroket Sistem Pelancaran Angkasa (SLS) NASA untuk menghantar kapsul Orion mengelilingi bulan. Ia merupakan sebahagian daripada usaha agensi itu untuk membawa manusia kembali ke permukaan bulan menjelang 2025.

Terdahulu, dua percubaan sebelumnya terpaksa ditangguhkan, di mana percubaan pada 3 September berakhir sebelum waktunya selepas pasukan Artemis I mengesan kebocoran hidrogen yang tidak dapat diperbaiki oleh jurutera.

Bagi memastikan semuanya berjalan lancar kali ini, NASA dalam proses untuk membuat beberapa persiapan. Pasukan Artemis I telah pun selesai membaiki kebocoran hidrogen, yang melibatkan penggantian pengedap di sekeliling sistem yang membantu menyalurkan bahan api hidrogen cecair sejuk beku ke dalam roket. Sebagai tambahan, jurutera juga akan membuat ujian yang berkaitan pada 21 September nanti.

Sumber: The Verge

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY