Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Selepas 10 Tahun, Flappy Bird Akan Buat ‘Comeback’

Selepas 10 Tahun, Flappy Bird Akan Buat ‘Comeback’

Diterbitkan September 13, 2024 · Dikemas kini September 13, 2024 oleh Amalina Athman

Flappy Bird, permainan mudah alih ikonik popular sekitar 2013-2014, akan dilancarkan semula untuk peranti Android dan iOS pada 2025.

Mengimbas kembali, pembangun Vietnam Dong Nguyen pada 2014 telah mengalih keluar permainan itu daripada App Store dan Google Play Store ketika popularitinya sedang memuncak.

I am sorry 'Flappy Bird' users, 22 hours from now, I will take 'Flappy Bird' down. I cannot take this anymore.

— Dong Nguyen (@dongatory) February 8, 2014

Kini, Flappy Bird akan kembali, dengan versi yang diperluas menyasarkan untuk dilancarkan menjelang akhir Oktober merentas berbilang platform termasuk laman web, dengan versi iOS dan Android dijangka akan dikeluarkan pada tahun 2025.

I AM BACK!!

Just a decade ago, I was the talk of the town and soaring to new heights with my 100 million friends. Sadly, I had to leave the fame and spotlight behind to go home and find out who I really am.

Thanks to my super Flappy Bird® fans, I’m refreshed, reinvigorated,… pic.twitter.com/b4UaFZQA2r

— Flappy Bird Foundation (@flappybird_Fndn) September 12, 2024

Bagaimanapun, Flappy Bird versi baharu ini dipercayai bukan daripada pembangun asal. Sebaliknya dibangunkan oleh The Flappy Bird Foundation, yang menyatakan ia memperoleh hak untuk permainan daripada Gametech, LLC, dan tidak dikaitkan dengan Nguyen.

Walaupun permainan ini kelak akan menampilkan watak Flappy Bird asal, ia juga bakal memperkenal mod permainan dan watak baharu.

Berkaitan

  • 3 Emulator Permainan Retro Popular Yang Tersedia Di App Store
  • Windows 11 Kini OS Paling Popular Untuk Permainan PC
  • Cara Nak Jimat Beli Barang Elektronik Di Shopee
  • Permainan Black Myth: Wukong Dilapor Catat Keuntungan Besar

Sumber: Flappy Bird

Rujukan: IGN, The Verge

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY