Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
maxresdefault (1)

Windows 11 Kini OS Paling Popular Untuk Permainan PC

Diterbitkan September 4, 2024 ยท Dikemas kini September 4, 2024 oleh Rushsyafizal

Hampir tiga tahun selepas dikeluarkan, Microsoft Windows 11 kini melepasi penggunaan Windows 10 di kalangan pengguna Steam, pertama kali sejak dilancarkan pada 2021.

Menurut data tinjauan Steam setakat bulan Ogos 2024, Windows 11 kini digunakan oleh 49 peratus pengguna, meningkat lebih 3 peratus daripada bulan sebelumnya.

Sementara, penggunaan Windows 10 menurun sekitar 3 peratus kepada 47 peratus.

Penggunaan macOS dan Linux di kalangan pengguna Steam pula kekal stabil sepanjang Ogos.

Valve menjalankan tinjauan dengan mengundi pemain sukarelawan secara rawak, jadi ada kemungkinan tinjauan bulan hadapan boleh meletakkan Windows 10 kembali di atas.

Namun, keputusan itu menggambarkan penghujung Windows 10 yang semakin hampir, yang secara rasmi akan kehilangan sokongan daripada Microsoft selepas 14 Oktober 2025, apabila syarikat itu berhenti membekalkan kemas kini perisian dan tampung keselamatan untuk sistem operasinya.

Sumber : TheVerge

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Berkaitan

  • OnePlus 13 Dijangka Diperkenal Pada Oktober Depan
  • Kadar Istimewa 'Friends and Family' Bagi Pelanggan Pascabayar Digi Akan Ditamatkan
  • HMD Mungkin Nak Hidupkan Kembali Lumia 1020
  • Penduduk Malaysia Berumur Lebih 60 Dan 65 Tahun Meningkat Setiap Tahun - DOSM
  • Aplikasi-Aplikasi Di Peranti OPPO, vivo Dan Xiaomi Kini Lebih Berprestasi Dan Selamat

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY