Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
jpj dron

Selangor Bercadang Guna Dron Pantau Pokok, Lopak Perlu Penyenggaraan

Diterbitkan Oktober 21, 2018 · Dikemas kini Oktober 21, 2018 oleh Helmi Samsuri
KLANG, 20 Okt (Bernama) — Kerajaan Selangor akan membuat kajian kebolehlaksanaan penggunaan dron dan kecerdasan buatan (AI) untuk menilai pokok, lopak dan pelbagai infrastruktur lain di 12 kawasan pihak berkuasa tempatan di negeri ini bagi memastikan kerja penyenggaraan dapat dilakukan secara sistematik dan cekap.

Anggota kanan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor Datuk Teng Chang Khim  berkata  penggunaan dron penting bagi pihak berkuasa tempatan untuk membuat ramalan tentang risiko, terutama pokok yang akan tumbang jika berlaku ribut petir.

“Data dikumpul dron tentang semua pokok dan lopak akan dibuat analisis menggunakan kecerdasan buatan bagi memudahkan kami menentukan keadaan fizikal sebenar pokok dan lopak agar lebih mudah disenggarakan.

“Melalui maklumat yang dikumpul itu, kami akan tahu berapa banyak pokok berusia lebih 30 tahun yang perlu dipangkas,” katanya kepada Bernama selepas mengadakan perjumpaan dengan penduduk Bandar Baharu Klang di sini yang terjejas oleh ribut yang melanda beberapa bahagian Klang pada 1 Okt.

Teng berkata projek penggunaan dron bagi menilai pokok dan lopak akan dimulakan Majlis Teknologi Maklumat dan E-Dagang Selangor (SITEC) di sebuah majlis tempatan  sebagai  projek  perintis  untuk  membuat penilaian tentang keberkesanan sebenar projek itu.

Menurut beliau, projek itu penting memandangkan ketika ini, pekerja daripada majlis tempatan di negeri ini hanya melakukan kerja penyenggaraan infrastruktur berdasarkan aduan orang ramai, manakala projek ini boleh membantu majlis tempatan mengenal pasti infrastruktur asas yang perlu dinaik taraf terlebih dahulu.

Sementara itu, Teng, yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Bandar Baharu Klang, berkata beliau sudah mengenal pasti lapan lokasi di kawasannya yang perlu dibersihkan dengan segera  berikutan kejadian ribut pada 1 Okt, antaranya Lorong Kenari di Taman Berkeley, Jalan Kakak Tua dan Lorong Tiong di Taman Eng Ann, Klang.

— BERNAMA

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Universiti Nasional Singapura Bangunkan Skrin Sentuh Dalam Lengan Baju, Didakwa Pertama Di Dunia
  • Yes Dan Ryt Bank Kini Jadi Rakan Penaja Rasmi FAM
  • Tentera Laut AS Berjaya Uji Kawal Dron MQ-25A Dari Kapal Pengangkut Sejauh 3,380km
  • BYD Perinci Pelaksanaan Flash Charging Di Malaysia, DENZA Z9GT Sokong Cas 5 Minit
  • Sony Perkenal Sensor Imej 1mm Untuk Endoskop Pakai Buang
  • Apa Itu 'Timing Chip' Dan Bagaimana Ia Digunakan Dalam Maraton?
  • Virgin Galactic Perkenal Apeiron, Sasar Bawa Pelancong Ke Angkasa Pada 2027
  • Syarikat Semikonduktor Korea Selatan Perkenal LED Putih Tanpa Unsur Nadir Bumi
©2026 WISER.MY