Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Selamat Datang OPPO Find X, Skrin Luas Tanpa Takuk Pada Harga RM 3,699

Selamat Datang OPPO Find X, Skrin Luas Tanpa Takuk Pada Harga RM 3,699

Diterbitkan Julai 17, 2018 · Dikemas kini Julai 17, 2018 oleh Helmi Samsuri

Hari ini telah berlangsungnya pelancaran OPPO Find X untuk pasaran Malaysia dengan majlis perasmiannya berlangsung di Setia City Convention Centre. Tidak mahu mengikut jejak langkah pengeluar lain yang membina takuk pada skrin, OPPO tampil unik dengan pengenalan kamera pop-up, berupaya untuk dikeluar masuk secara mekanikal.

Selamat Datang OPPO Find X, Skrin Luas Tanpa Takuk Pada Harga RM 3,699

Keunikan yang ditonjolkan berjaya memberi ruang kepada syarikat pengeluar memasang skrin paparan 6.4 inci yang luas sehingga dengan nisbah tertinggi dipasaran ketika ini,93.8%. Malah, Oppo sebelum ini pernah mendakwa bahawa sistem mekanikal kamera ini mampu bertahan sehingga 5 tahun dengan penggunaan normal.

Selamat Datang OPPO Find X, Skrin Luas Tanpa Takuk Pada Harga RM 3,699

Kesemua kamera peranti ini akan keluar dari bahagian atas peranti sekiranya aplikasi kamera dibuka dan akan menyusur masuk semula selepas keluar dari aplikasi berkenaan. Oppo Find X telah menjadi peranti pertama yang menggunakan sistem berkenaan.

https://wiser.my/wp-content/uploads/2018/07/video-1531818963.mp4
https://wiser.my/wp-content/uploads/2018/07/video-1531818954.mp4

Faktor penarik yang ditawarkan untuk peranti ini adalah sistem nyahkunci menggunakan wajah berasaskan model 3D, O-Face, nyahkunci berasaskan suara, O-Moji, Qualcomm Snapdragon 845, Color OS 5.1, dan beberapa ciri yang lain. Ia juga bakal dilengkapi dengan 8GB RAM dan 256GB ROM.

Selamat Datang OPPO Find X, Skrin Luas Tanpa Takuk Pada Harga RM 3,699

Ia juga dijana dengan bateri berkapasiti 3730 mAh dengan sokongan pengecasan pantas VOOC. Peranti ini dikatakan akan menyokong sistem Android P apabila diperkenalkan nanti. Oppo Find X hadir dengan dua pilihan warna iaitu Glacier Blue dan Bordeaux Red.

Selamat Datang OPPO Find X, Skrin Luas Tanpa Takuk Pada Harga RM 3,699

Peranti ini boleh dimiliki melalui gedung rasmi dalam talian OPPO Malaysia dan pengedar sah OPPO seluruh negara pada harga RM3,699 bermula 5 Ogos ini. Namun bagi anda yang berminat untuk menjadi pemilik terawal peranti ini, anda boleh mula membuat pra-tempahan di sini bermula 17 Julai dan dapatkan Olike Neo yang bernilai RM 399 secara percuma.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Kerajaan Galak Guna Aplikasi Navigasi TuJu Sebagai Alternatif Waze
  • 3 Dongle Audio Bawah RM60
  • Permohonan Gantian MyKad Kini Boleh Dibuat Melalui Aplikasi MyGOV
  • ECRL Tawar Diskaun 30% Tiket Ekonomi Selama Sebulan - Operasi Dijangka Bermula 12 Disember
  • Empat Ejen AI Gemini Berjaya Tamatkan Minecraft Selepas Mati 605 Kali
  • Awas, Malware LongKong Aktif Sasar Pengguna Android Malaysia, Mampu Curi Maklumat Perbankan
  • Had Money+ Kini Naik Ke RM30,000, Tawar Pulangan Sehingga 5% Setahun
  • Kerajaan Teliti Perluas Pengesahan Umur Kepada Platform Permainan Dalam Talian - Fahmi
©2026 WISER.MY