Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Sekolah Di Sweden Perkenalkan Kursus Untuk Menjadi Seorang YouTuber

Sekolah Di Sweden Perkenalkan Kursus Untuk Menjadi Seorang YouTuber

Diterbitkan Oktober 1, 2017 · Dikemas kini Oktober 1, 2017 oleh Helmi Samsuri

Berminat untuk mempelajari secara formal bagaimana menjadi seorang YouTuber? Sebuah sekolah dewasa di Sweden ada caranya.

Kalix Folkhögskola merupakan sekolah dewasa (pelajar berusia dari 18 hingga 30 tahun) yang terletak di utara Sweden kini menyediakan satu kursus khas mengajara bagaimana untuk mencipta video YouTube.

Sekolah Di Sweden Perkenalkan Kursus Untuk Menjadi Seorang YouTuber
Kalix Folkhögskola

Kursus yang dijadualkan bermula pada bulan ini akan memberi pendedahan kepada pelajar yang mencakupi segala aspek dalam pembikinan sesebuah video YouTube. Antaranya adalah dari sudut teknikal, penulisan skrip, pengiklanan, dan bagaimana mahu menjana keuntungan dari saluran kepunyaan anda.

Kursus ini mula diumumkan pada Ogos lalu, dan mendapat perhatian media negara berkenaan dan turut mendapat sambutan hangat daripada mereka yang berminat.

Menurut pengetua sekolah dewasa ini, Ida Nordlund, ramai orang mengimpikan untuk menjadi seorang YouTuber, dan ia akan menjadi lebih ramai dimasa hadapan. Untuk menjadikan sessi pengajaran dan pembelajaran lebih teratur dan berkualiti, setiap kelas hanya terhad kepada 15-20 pelajar sahaja.

Nordlund juga menambah bahawa, dengan teknik asas yang akan diajarkan sekolah itu, ia akan membawa para penuntut selangkah ke cabang media yang semakin meningkat naik ketika ini.

Sumber: The Local

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
  • Eksploit Prolapse Didakwa Sokong PS5 Firmware 14.10, Tapi GTA 6 Masih Sukar Dicetak Rompak
  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
  • Apple Akui Isu Skrin iPhone Duo Retak, Hanya Sebilangan Kecil Unit Terjejas
©2026 WISER.MY