Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
gerhana bulan penuh (3)

Petang Ini, Penduduk Di Malaysia Dapat Saksikan Gerhana Bulan Penuh

Diterbitkan November 8, 2022 · Dikemas kini November 8, 2022 oleh Aminuddin Ahmad

Pada petang ini iaitu 8 November 2022, penduduk di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak dijangka dapat melihat fenomena Gerhana Bulan Penuh.

Gerhana Bulan Penuh ini berlaku apabila Bulan melintasi masuk ke dalam bayang-bayang umbra Bumi. Senang kata, Bumi berada di tengah-tengah antara Bulan dan Matahari dalam kedudukan segaris.

gerhana bulan penuh 8 nov 2022 (1)

Menurut Agensi Angkasa Malaysia, penduduk di Malaysia berpeluang menyaksikan fenomena tersebut apabila Bulan mulai terbit di ufuk timur ketika ia mula mengalami fasa gerhana penuh bagi penduduk di Sabah dan Sarawak.

Berkaitan

  • Sultan Johor Bangga Anak Johor Tempa Nama Di NASA
  • NASA Kongsikan Bunyi Dari Lohong Hitam Yang Asalnya Tidak Dapat Didengar Telinga Manusia
  • Ini Perbandingan Gambar Teleskop Hubble Dan James-Webb Yang Buat Saintis Terkejut
  • Planet Terbesar Akan Bertentangan Dengan Matahari Minggu Depan - MYSA
  • Janji Turun Bumi Dan Kahwin, Wanita Jepun Kena Scam Dengan "Angkasawan" Sampai ~RM140 Ribu
  • NASA Berjaya Rakam Imej Matahari Sedang "Tersenyum"
  • NASA Kongsi Imej 'Pillars of Creation' Dari Teleskop Webb, Tempat Terbentuknya Bintang
  • Malaysia Akan Saksikan Fenomena Gerhana Bulan Penuh Pada 8 November Ini - MYSA

Manakala bagi kebanyakan kawasan di Semenanjung, fenomena tersebut hanya mula kelihatan ketika fasa gerhana maksimum sehingga fasa gerhana penumbra berakhir pada jam 9:56:08PM.

Untuk mereka di Semenanjung, fenomena ini dapat disaksikan petang ini:

  • Bermula – 6:58PM
  • Berakhir – 9:56PM

Sebenarnya, fenomena Gerhana Bulan Penuh ini berlaku mulai jam 4:02PM dan berakhir pada jam 9:56PM waktu tempatan namun beberapa fasa pertama tidak dapat disaksikan dari tanah Semenanjung.

gerhana bulan penuh 8 nov 2022 (2)

Untuk menyaksikan peristiwa Gerhana Bulan Penuh ini, anda dinasihatkan untuk berada di kawasan yang tidak mempunyai halangan di arah timur seperti kawasan yang tinggi ataupun pantai yang menghadap ke arah timur agar dapat menyaksikannya seawal mungkin.

gerhana bulan penuh mysa 2018

Jabatan Mufti Selangor tidak ketinggalan menganjurkan program atas talian melalui halaman Facebook mereka di mana mereka akan kongsikan cerapan secara langsung dari 2 lokasi iaitu balai cerap di Sabak Bernam, Selangor dan Tanjung Labian, Sabah.

Siaran langsung oleh Jabatan Mufti akan bermula pada 5PM.

Sumber: MYSA

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
  • Eksploit Prolapse Didakwa Sokong PS5 Firmware 14.10, Tapi GTA 6 Masih Sukar Dicetak Rompak
  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
  • Apple Akui Isu Skrin iPhone Duo Retak, Hanya Sebilangan Kecil Unit Terjejas
©2026 WISER.MY