Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Sultan Johor Bangga Anak Johor Tempa Nama Di NASA

Sultan Johor Bangga Anak Johor Tempa Nama Di NASA

Diterbitkan Mei 9, 2022 oleh ariff bukhari

DYMM Sultan Johor Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar hari ini menzahirkan rasa bangga dengan kejayaan anak kelahiran Johor yang menempa nama di luar negara.

Rasa bangga itu merujuk kepada anak kelahiran Muar, Johor dari sebuah perkampungan nelayan bernama Florence Tan yang telah dilantik sebagai Timbalan Ketua Juruteknologi di Ibu Pejabat Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas (NASA), berpangkalan di Amerika Syarikat.

DYMM Sultan Johor bertitah dengan mengucapkan tahniah dan menzahirkan rasa bangga atas kejayaan Florence Tan menempa nama di luar negara.

DYMM Sultan Johor menyatakan, ia merupakan satu kejayaan yang turut membanggakan rakyat serta mengharumkan nama Johor diperingkat antarabangsa.

Florence Tan bertanggungjawab mencipta alat elektronik yang membantu penjelajah menghidu sampel gas di Marikh, Zuhal dan Titan.

Beliau juga terlibat dalam projek Cassini bagi membina kapal angkasa untuk penerokaan planet Zuhal.

Florence Tan merupakan ibu kepada dua cahaya mata diterima sebagai pelatih di Pusat Penerbangan Angkasa Goddard NASA.

Sumber: FB Sultan Ibrahim Sultan Iskandar

Baca juga:

  • Xbox PC Game Pass Akhirnya Tiba Di Malaysia, Berbaloi Untuk ‘Gamer’ Tegar
  • Ikut Microsoft, Sony Pula Rancang Untuk Letak Iklan Dalam ‘Game’ PlayStation
  • Selepas 39 Tahun, Microsoft Nyah Aktifkan Protokol Ini Dari Dalam Sistem Windows

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Siri vivo X500 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM4,699
  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
  • Eksploit Prolapse Didakwa Sokong PS5 Firmware 14.10, Tapi GTA 6 Masih Sukar Dicetak Rompak
  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
©2026 WISER.MY