Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
NASA Kongsi Imej ‘Pillars of Creation’ Dari Teleskop Webb, Tempat Terbentuknya Bintang

NASA Kongsi Imej ‘Pillars of Creation’ Dari Teleskop Webb, Tempat Terbentuknya Bintang

Diterbitkan November 1, 2022 oleh Firdaus

Beberapa minggu yang lepas, NASA telah berkongsikan imej ikonik Pillars of Creation yang ditangkap oleh Teleskop Angkasa James Webb. Teleskop terbaru itu adalah peranti pemerhati angkasa berteknologi tinggi daripada NASA dan memakan kos sebesar USD10 bilion (~RM47.8 bilion).

Pillars of Creation adalah sebuah tempat di Nebula Angkasa di mana bintang-bintang baharu terbentuk. PoC terdiri daripada gempulan gas sejuk yang mampat dan debuan angkasa yang membentuknya seperti tiang-tiang di angkasa.

Berkaitan

  • Mungkin Ini Sebabnya Mengapa WhatsApp Tidak Menyekat Anda Daripada Membuat Tangkap Layar Mesej Di Platfom Mereka
  • Kajian: Banyak Bermain 'Games' Mungkin Mencerdaskan Minda Kanak-Kanak
  • Perkara Baharu Dalam Funtouch OS 13 Yang Dilancarkan Untuk Pengguna Global
  • NASA Akan Lancar Misi Ke Asteroid Dengan Nilai Mineral Lebih Quadrilion Ringgit
  • Lokasi Menyerupai Stor IKEA, Seorang Pembangun 'Game' Berdepan Tuntutan Saman

Gambar di bawah ini adalah perbandingan antara hasil tangkapan daripada teleskop Hubble (kiri) dan James Webb (kanan):

NASA Kongsi Imej ‘Pillars of Creation’ Dari Teleskop Webb, Tempat Terbentuknya Bintang

Gambar kiri diambil oleh Hubble pada 2014, ia tampak lebih jelas akan struktur gas dan debu pada PoC itu. Imej Hubble secara utamanya mengesan dan mengambil cahaya ultraungu dan optikal.

Manakala, imej daripada Webb diambil menggunakan NIRCam (Near-Infrared Camera). Itu bermaksud ia mengesan dan mengumpulkan cahaya di bahagian near-infrared dalam spektrum elektro-magnetik.

Oleh itu, kita dapat lihat kedua-dua gambar ini mempunyai perbezaan yang jelas dengan hasil yang lebih baik pada imej Webb.

Layers of semi-opaque red colored gas and dust, bottom left, with three prominent pillars rise toward the top right. The left pillar is the largest and widest, the second and third pillars are set off in darker shades of brown and have red outlines.

Hal ini demikian kerana kita dapat melihat banyak cahaya bintang yang lebih jelas dipersekitaran PoC berbanding gambar Hubble.

Sumber: NASA, Gismodo

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • NVIDIA Tidak Berhasrat Lantik Semula Jensen Huang Sebagai CEO
  • MCMC Lantik TM Bangunkan Projek Kabel Dasar Laut MADANI Bernilai RM2.7 Bilion
  • EV Kini Bantu Jimatkan 1.2 Juta Tong Minyak Global Sehari - Laporan
  • Apple Pay Kini Sokong Kad Public Bank
  • Cat 'Serap' Karbon Dan Pantul Haba Ciptaan Penyelidik UTM Sasar Pasaran Global
  • HONOR Magic9 Pro Max Kini Boleh Ditempah Di Malaysia, Hadiah Bernilai RM5,006 Untuk Pembeli Awal
  • ChatGPT Kini Gantung Akses 24 Jam Jika Cuba Cari CSAM
  • Apple Didakwa Rancang Usia Usang Peranti Bagi Meningkatkan Jualan iPhone
©2026 WISER.MY