Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Planet Terbesar Akan Bertentangan Dengan Matahari Minggu Depan – MYSA

Planet Terbesar Akan Bertentangan Dengan Matahari Minggu Depan – MYSA

Diterbitkan September 19, 2022 · Dikemas kini September 19, 2022 oleh ariff bukhari

Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) memaklumkan, planet terbesar dalam Sistem Suria juga planet kelima dari Matahari, Musytari (Jupiter) akan berada pada kedudukan oposisi atau dikenali sebagai istiqbal, iaitu kedudukan bertentangan dengan Matahari merujuk kepada Bumi.

Fenomena itu diramalkan akan berlaku pada 27 September 2022 (hari Selasa) jam 03:25 pagi.

MYSA menjelaskan semasa oposisi pada kali ini, permukaan Musytari yang menghadap Bumi akan disinari sepenuhnya oleh cahaya Matahari dan boleh dilihat dengan lebih terang berbanding ketika ia berada pada kedudukan lain.

Berkaitan

  • Rahsia Gambar 'Selfie' Cantik Akhirnya Terbongkar
  • Syarikat Pemula Bangunkan Bateri Kenderaan Elektrik Cas 3 Minit Tapi Bertahan 20 Tahun
  • Filem Animasi Mechamato Sudah Dapat Tarikh Tayangan Rasmi

MUSYTARI 2

Anda boleh memerhatikan planet Musytari menggunakan mata kasar sahaja dengan menghadap ke ufuk timur yang bebas daripada sebarang halangan pada awal malam.

Musytari akan kelihatan sebagai titik yang terang dan tidak berkelip. Sekiranya anda ingin memerhatikan permukaan Musytari dengan ciri luaran yang menonjol iaitu the Great Red Spot serta 4 bulan utamanya, iaitu Io, Europa, Ganymede dan Callisto yang dikenali sebagai Galilean Moons, penggunaan binokular dan teleskop adalah digalakkan.

Planet Musytari akan mengalami oposisi dalam tempoh setiap 13 bulan. Kali terakhir ianya berada pada kedudukan oposisi ialah pada 20 Ogos 2021 dan seterusnya pada 3 November 2023.

Musytari merupakan planet ke-5 dan terbesar dalam sistem suria.

Planet ini mempunyai satu tompok merah dikenali sebagai ‘The Great Red Spot’ iaitu ribut raksasa bersaiz lebih besar daripada Bumi.

Saiz Musytari adalah 11.2 kali ganda lebih besar dari Bumi dan 10 jam di planet itu adalah bersamaan satu hari planet Musytari.

Sumber: MYSA

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Syarikat Minyak UAE, ADNOC Jalin Kerjasama Dengan OpenAI Untuk Guna AI Dalam Operasi
  • Rembayung Kini Guna Grab Untuk Tempahan, Satu 'Booking' Setiap Dua Minggu
  • Korea Selatan Bakal Gandakan Perbelanjaan AI Dan Cip Pada 2027
  • HONOR Pad X7b Kini Di Malaysia Dari RM699, Dua Earbuds Baharu Bermula RM59
  • Epson Lancar SureColor SC-F330, Pencetak Sublimasi Desktop A3 Pertamanya
  • Google Peruntuk AS$160 Juta Untuk Infrastruktur Air Sokong Pusat Data Di Negeri Sembilan
  • 25,000 Lesen Pas Pembelajaran Global Kohort 2 Dibuka 16 November - Pemohon Senarai Menunggu Diutamakan
  • Claude Code Tak Boleh Lagi Klon Game Orang Lain, Walaupun Ditukar Nama
©2026 WISER.MY