Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
scam jepun angkasawan

Janji Turun Bumi Dan Kahwin, Wanita Jepun Kena Scam Dengan “Angkasawan” Sampai ~RM140 Ribu

Diterbitkan Oktober 14, 2022 oleh Aminuddin Ahmad

Seorang wanita dari Jepun berusia 65 tahun telah ditipu sebanyak 4.4 juta Yen bersamaan RM140 ribu kerana mempercayai seorang “angkasawan” Rusia.

Kisahnya bermula di laman sosial, beberapa bulan lalu. Wanita itu dan lelaki yang mendakwa dirinya sebagai angkasawan Rusia itu mula berkenalan di Instagram pada 28 Jun lepas.

Lelaki itu berkongsi gambar-gambar angkasa di profilnya untuk memperdaya pengikut dan mencari mangsa. Katanya, dia sedang berada di Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa (ISS) dan mempunyai akses yang sangat terhad pada perkhidmatan selular.

A forward view of the International Space Station with limb of the Earth in the background. In view are the station's sixteen paired maroon-coloured main solar array wings, eight on either side of the station, mounted to a central integrated truss structure. Spaced along the truss are ten white radiators. Mounted to the base of the two rightmost main solar arrays pairs, there are two smaller paired light brown- coloured ISS Roll-out Solar Arrays. Attached to the centre of the truss is a cluster of pressurised modules arranged in an elongated T shape. A set of solar arrays are mounted to the module at the aft end of the cluster.

Selepas itu, hubungan mereka semakin akrab dengan mula berkomunikasi melalui aplikasi LINE. Dari situ, lelaki itu berulang kali mengucap kata-kata dusta cinta, cuba menyakinkan wanita 65 tahun itu bahawa dia menyimpan perasaan terhadapnya.

“Angkasawan” itu mahu bersama membina hidup dengan wanita itu.

Janji Turun Bumi Dan Kahwin, Wanita Jepun Kena Scam Dengan “Angkasawan” Sampai ~RM140 Ribu

Keadaan sebenar angkasawan dalam ISS. Sumber: NASA

Antara kata-kata manisnya termasuklah “Saya mahu mulakan hidup di Jepun” dan “Seribu kali kata pun takkan cukup, tapi tetap akan kuucap. Aku cinta padamu,” lapor TV Asahi.

Kata penipu itu, dia mahu pulang ke Bumi namun memerlukan wang termasuklah kos pendaratannya kelak di Jepun.

Abang janji abang turun.

Yakin bahawa lelaki itu akan mengotakan janjinya, sebanyak 5 transaksi sudah tertunai di mana wanita itu telah memindahkan sejumlah ¥4.4 juta (~RM140 ribu) keseluruhannya, dari 19 Ogos hingga 5 September, lapor Shimbun.

Janji Turun Bumi Dan Kahwin, Wanita Jepun Kena Scam Dengan “Angkasawan” Sampai ~RM140 Ribu

Ibu Pejabat Polis Wilayah Shiga

Waima dengan jumlah itu sekalipun, angkasawan palsu masih tetap meminta. Ekoran itu, wanita tadi pun melaporkannya pada pihak berkuasa. Polis mengklasifikasikannya sebagai kes international romance scam.

Kata mangsa, dia terpedaya dengan lelaki tersebut kerana dia menggunakan nama-nama institusi  besar seperti NASA dan JAXA (Japan Aerospace Exploration Agency).

Berkaitan

  • Sehingga Kini Hanya 18 Angkasawan Ini Sahaja Yang Pernah Menjejakkan Kaki Di Bulan
  • Selepas Marikh, Ahli Astronomi Mahu NASA Jadikan Zuhal Sebagai Prioriti Baru
  • NASA Kongsikan Bunyi Dari Lohong Hitam Yang Asalnya Tidak Dapat Didengar Telinga Manusia
  • Ini Perbandingan Gambar Teleskop Hubble Dan James-Webb Yang Buat Saintis Terkejut
  • Bukan Telefon Pintar Sahaja, Peralatan Komunikasi & Wayarles Juga Wajib Ada Label MCMC
  • Rahsia Gambar 'Selfie' Cantik Akhirnya Terbongkar
  • Jom Serbu, iTworld Sedang Adakan Tawaran Tak Masuk Akal Untuk Siri iPhone 14
  • Tak Perlu Ke Bank, Ini Cara Tukar Kad ATM CIMB Melalui Dalam Talian
  • Lebih Mesra Alam, NASA Uji Pelancaran Pakai Konsep 'Lastik'
  • 5 Android TV Box Bawah RM300 Yang "Lulus" Google Dan Netflix

Seumpama Macau scam, warga tempatan kita sendiri pun sudah ramai terjerat dengan cara yang sama iaitu “mencurahkan cinta” padahal komunikasi hanya berjalan melalui skrin dan tidak pernah berjumpa secara fizikal.

Sumber: Vox. Yimouri,

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Siri vivo X500 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM4,699
  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
  • Eksploit Prolapse Didakwa Sokong PS5 Firmware 14.10, Tapi GTA 6 Masih Sukar Dicetak Rompak
  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
©2026 WISER.MY