Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
“Sekat Kami Dan China Akan Menjadi Perintis Bagi Teknologi 5G” – Huawei

“Sekat Kami Dan China Akan Menjadi Perintis Bagi Teknologi 5G” – Huawei

Diterbitkan Oktober 4, 2018 ยท Dikemas kini Oktober 6, 2018 oleh Haikel Areff

Seperti yang kita sedia maklum, Amerika dan China kini sedang dalam pertelingkahan melibatkan hubungan perdagangan dalam pelbagai industri antara mereka, termasuklah industri teknologi.

Kesannya, beberapa buah syarikat berkaitan teknologi China termasuk Huawei telah mengalami beberapa jenis sekatan untuk menjalankan perniagaan di negara Uncle Sam tersebut.

Berhubung perkara itu, Huawei baru-baru ini telah memberi amaran kepada Amerika untuk membenarkan mereka membangunkan teknologi 5G di negara berkenaan, atau China akan menjadi yang pertama hadir dengan teknologi tersebut.

“Sekat Kami Dan China Akan Menjadi Perintis Bagi Teknologi 5G” – Huawei

Huawei mendakwa tanpa mereka, pembangunan 5G di Amerika akan menjadi perlahan serta bertambah mahal untuk dilaksanakan, terutamanya di kawasan luar bandar.

Ini kerana kebanyakkan syarikat penyedia perkhidmatan rangkaian mudah alih lebih tertarik kepada produk dan servis daripada Huawei. Ia disebabkan oleh produk dan servis yang ditawarkan adalah lebih murah dan mempunyai kualiti yang setaraf dengan pembangun-pembangun lain.

Perkara itu telah disampaikan oleh wakil Huawei kepada pihak Suruhanjaya yang mengendalikan kes berkenaan. Huawei berharap agar perkara ini dipertimbangkan dengan serius memandangkan ia akan memberi kebaikan kepada kedua-dua belah pihak.

 

Sumber : Telecoms

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY