Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Honor Magic 2 Merupakan Hasil Gabungan Huawei P20 Pro Dan Mate 20 Pro

Honor Magic 2 Merupakan Hasil Gabungan Huawei P20 Pro Dan Mate 20 Pro

Diterbitkan Oktober 24, 2018 oleh Haikel Areff

Seperti yang kita tahu, Honor merupakan salah sebuah anak syarikat kepada Huawei. Ia lebih menfokuskan kepada menghasilkan peranti berkualiti tinggi dengan harga yang mampu milik. Malah, jurang antara “ibu dan anak” ini nampaknya semakin kecil dari hari ke hari.

Perkara itu dilihat bakal terjadi sekali lagi apabila Honor Magic 2 dikatakan sebagai “peranti bajet” bagi Huawei Mate 20 Pro yang baru dilancarkan minggu lepas. Mana tidaknya, ia akan turut menggunakan cip terkini HiSilicon Kirin 980, cip paling berkuasa ketika ini(menurut Huawei).

Honor Magic 2 Merupakan Hasil Gabungan Huawei P20 Pro Dan Mate 20 Pro
Kredit: Trusted Reviews

Tambahan pula, menurut beberapa imej tertiris baru-baru ini, peranti ini kelihatan sama dengan model Huawei yang mencetus fenomena, P20 Pro. Ia sekaligus menjadikan Magic 2 ini seakan-akan hasil gabungan Mate 20 Pro dan P20 Pro.

Baca juga: Ketahui Ciri & Fungsi Istimewa Yang Ada Pada Huawei Mate 20 Pro

Honor Magic 2 Merupakan Hasil Gabungan Huawei P20 Pro Dan Mate 20 Pro
Kredit: Weibo

Dari pandangan belakang, ia saling tak tumpah seperti P20 Pro, di mana ia menggunakan kamera tiga lensa serta lensa dan tulisan jenama yang diletakkan pada tempat yang sama. Bagaimanapun, Magic 2 dilaporkan akan mempunyai lensa yang sedikit rendah berbanding P20 Pro.

Selain itu, Honor Magic 2 ini turut akan hadir dengan kecerunan warna. Malah, salah satu daripada variasi warna yang ditawarkan adalah hampir serupa dengan variasi Twillight pada P20 Pro.

Honor Magic 2 Merupakan Hasil Gabungan Huawei P20 Pro Dan Mate 20 Pro
Kredit: Weibo

Sementara itu, Honor dilaporkan turut membekalkan Magic 2 dengan sokongan pengecasan pantas Huawei SuperCharge 2.0 40W serta imbasan cap jari dalam skrin, sama seperti Mate 20 Pro.

Honor dijangka akan memperkenalkan model ini secara rasmi pada 31 Oktober ini. Memandangkan tarikh itu kian hampir, kami jangkakan lebih banyak maklumat mengenai Magic 2 ini akan didedahkan dalam masa terdekat.

Sumber: Android Authority    XDA-developers

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY