Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
IMG 1 (3)

Vivo Adakan Roadshow Bersama SenQ (Sarawak) Dan Urban Republic (Johor), Tawar Pelbagai Hadiah Menarik

Diterbitkan Oktober 31, 2019 ยท Dikemas kini Oktober 31, 2019 oleh Haikel Areff

Bermula dari 29 Oktober sehingga 3 November ini, Vivo Malaysia mengadakan tawaran istimewa buat semua peminat telefon pintar dengan mengadakan roadshow di Aeon Tebrau, Johor Bahru bersama Urban Republic dan bekerjasama dengan senQ di Aeon Kuching, Sarawak.

Kedua-dua program ini memperlihatkan Vivo Malaysia cuba untuk mempelbagaikan tawaran promosi menarik kepada pelanggan mereka di roadshow tersebut dengan setiap pembelian Vivo NEX 3, Vivo V17 atau mana-mana telefon pintar Vivo yang lain.

AEON Kuching Sarawak

IMAGE 1

Di Aeon Kuching, pelanggan layak untuk menerima hadiah percuma daripada Vivo Malaysia, seperti:

  • Fon kepala bluetooth
  • Smart Scale
  • Bekas peralatan mandian

Manakala di Aeon Tebrau pula, promosi ini ditawarkan dengan ansuran bulanan dengan faedah 0% sehingga 24 bulan.

Di samping itu, sebuah telefon pintar Vivo S1 akan dihadiahkan kepada individu yang menyertai pertandingan “UR a Winner” di roadshow tersebut, di mana peserta dikehendaki untuk membeli tiket emas yang berharga RM99 sekeping terlebih dahulu untuk berpeluang merebut hadiah-hadiah yang disediakan.

AEON Tebrau, Johor

IMG 1 (3)

Di atas pembelian mana-mana produk Vivo di bawah ini, anda layak untuk menerima hadiah percuma, seperti:

Vivo NEX 3

  • Kotak hadiah premium
  • Penimbang berat badan bluetooth daripada Vivo Malaysia
  • Powerbank
  • Kad memori dari Urban Republic

Vivo V17 Pro

  • Kotak hadiah V17 Pro
  • Penimbang berat badan bluetooth daripada Vivo Malaysia
  • Powerbank
  • Kad memori dari Urban Republic

Vivo S1

  • Fon kepala bluetooth daripada Vivo Malaysia
  • Powerbank
  • Kad memori dari Urban Republic

Vivo Y11, Y12 dan Y17

  • V-Doll
  • Botol daripada Vivo Malaysia
  • Kad memori dari Urban Republic

Vivo NEX 3 boleh didapati dalam warna Glowing Night, dan V17 Pro pula berwarna Crystal White dan Knight Black. Untuk maklumat lanjut, sila layari laman rasmi Vivo Malaysia.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • MCMC Lantik TM Bangunkan Projek Kabel Dasar Laut MADANI Bernilai RM2.7 Bilion
  • EV Kini Bantu Jimatkan 1.2 Juta Tong Minyak Global Sehari - Laporan
  • Apple Pay Kini Sokong Kad Public Bank
  • Cat 'Serap' Karbon Dan Pantul Haba Ciptaan Penyelidik UTM Sasar Pasaran Global
  • HONOR Magic9 Pro Max Kini Boleh Ditempah Di Malaysia, Hadiah Bernilai RM5,006 Untuk Pembeli Awal
  • ChatGPT Kini Gantung Akses 24 Jam Jika Cuba Cari CSAM
  • Apple Didakwa Rancang Usia Usang Peranti Bagi Meningkatkan Jualan iPhone
  • GrabPay Bakal Tambah Sokongan DuitNow Transfer
©2026 WISER.MY