Tahun ini dengan perkenalan barisan Huawei P30, pihak mereka mengambil keputusan untuk memfokuskan kepada kamera telefoto yang mempunyai keupayaan zoom yang dasyat.
Huawei P30 Pro sebagai penghulu dalam barisan siri-P kali ini menggunakan 4 kamera utama.
- Lensa utama (RYYB) 40MP (f/1.8), OIS +
- Lensa sudut luas 20MP f/2.2) ultra wide
- Lensa telefoto 8MP (f/3.4)
- Sensor 3D TOF (time-of-flight)
Melalui ujian permakahan yang dilakukan oleh DXO Mark, Huawei P30 menerima markah setinggi 112 markah dengan (119) untuk foto dan (97) untuk video. Maka dengan itu, tertewaslah gelaran juara yang dipegang oleh Huawei Mate 20 Pro dan Huawei P20 Pro masing-masing dengan markah (109).
Melalui ujian yang dilakukan oleh pihak DXO Mark, mereka memuji keupayaan zoom yang dimiliki oleh Huawei P30 Pro. Peranti ini mampu zoom secara optikal (OIS) sebanyak 5X dan mampu zoom sehingga 50X secara hibrid (AIS).
Namun mereka memberitahu dari segi rakaman video, P30 Pro tidak jauh meninggalkan pesaing mereka denganSamsung Galaxy S10+ turut menerima markah video yang sama iaitu pada markah (97).
Menurut ujian DXO Mark, mereka menyatakan antara kelemahan kamera yang dimiliki Huawei P30 Pro adalah dari segi color rendering dan artifact. Mungkin langkah untuk menggunakn sensor RYYB (Red Yellow Yellow Blue) berbanding (RGB) menjadi punca kelemahan ini?
Menurut Huawei, melalui sensor RYYB 40MP, hasil rakaman pada waktu kurang cahaya dapat dipertingkatkan dengan 40% lebih cahaya berbanding sensor RGB.
Melalui ujian DXO Mark, mereka mendapati kamera Huawei P30 Pro menghasilkan saturasi warna yang rendah sedikit berbanding pesaingnya ketika di bawah matahari dan warna biru langit tidak natural.
Namun, pihak DXO Mark memuji dari segi hasil gambar ketika dalam bilik, autofokus, potrait mode yang dibantu dengan sensor TOF dan hasil perincian gambar dibantu oleh kamera zoom periskopnya.
Boleh baca disini untuk ujian penuh DXO Mark untuk Huawei P30 Pro
Berkaitan
- Facebook Menutup Program AI Mereka Selepas Ianya Berkomunikasi Sesama Sendiri
- MCMC Tidak Terlibat Dalam Projek EM-IIG Oleh XIDDIG
- Oppo R17 Pro Dilancarkan Secara Rasmi Di Malaysia, Dilengkapi Dengan Tri-Kamera Utama
- Rabak Kotak - OPPO F11 Pro
- Vivo S1 Pro, Apa Yang Menarik?
- Redmi Note 6 Pro Akan Mula Dipasarkan Di Malaysia Pada 20 Oktober Ini
- Huawei Mate 30 Pro Dikatakan Akan Hadir Dengan Tetapan 5 Kamera Utama
- Huawei Mate 20 Pro Hampir Pasti Dijual Dengan Harga Lebih Murah Berbanding iPhone XS
- GoPro Memberi Hero 5 Black Percuma Kepada Pembeli Drone Karma Yang Rosak
- Reaksi Orang Ramai Unboxing OPPO F11 Pro- Ramai Teruja Dengan Peranti Ini