Huawei Histen 5.0 Bantu Anda Mendapatkan Pengalaman Muzik Hebat Ketika Melancong

Melancong dan bercuti semakin menjadi kegilaan ramai hari ini. Tak kisahlah sama ada bercuti secara solo, dengan kawan-kawan mahupun dengan keluarga tercinta, terdapat beberapa perkara yang mampu mempengaruhi keseronokan anda semasa bercuti. Sedar atau tidak, muzik salah satu daripadanya.

Mendapatkan pengalaman muzik yang terbaik secara tidak langsung akan membantu dalam menenangkan fikiran anda. Memang itu tujuan utama anda bercuti, bukan? Sehubungan dengan itu, Huawei telah memperkenalkan sistem audio Hisen 5.0 bagi membantu anda.

https://www.youtube.com/watch?v=HW9YQYwesSs

Kredit : Huawei Mobile PH Youtube


Melalui kempen #Tavelwithnova, sistem audio yang terbina di dalam peranti nova 3 dan nova 3i ini akan menganalisa kandungan audio secara automatik sebelum menetapkan tetapan terbaik bagi equalizer dalam mod audio pintar yang dijana oleh fon kepala atau fon telinga anda.

Selain itu, Histen 5.0 ini juga merupakan sistem audio 3D pelbagai saluran dengan sokongan bunyi Surround 7.1 yang hadir dengan 8 saluran. Ia sekaligus memberikan kualiti audio yang lebih realistik dan tepat, maka mendengar lagu menggunakan pembesar suara dalam bilik yang luas kini dapat dinikmati lebih baik.

Malah, ia bukan sahaja berkenaan mendengar muzik. Berbual melalui panggilan suara juga akan dapat dilakukan dengan lebih baik. Ini kerana, sistem audio ini akan membawa keluar bunyian asing daripada sekeliling anda, maka perbualan yang dibuat akan dapat didengari dengan lebih jelas.



Huawei juga telah menyediakan dua senarai main yang mengandungi pelbagai lagu terkini dan juga klasik bagi memberikan pengalaman bercuti yang terbaik bagi pengguna. Apa lagi tunggu, hiasi percutian anda dengan #Travelwithnova.

 

Sumber

 

Berkaitan