Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Sekali Lagi, Peranti Android Dikatakan Akan Dilengkapi Sokongan ‘Battery Health’

Sekali Lagi, Peranti Android Dikatakan Akan Dilengkapi Sokongan ‘Battery Health’

Diterbitkan Disember 22, 2023 oleh Amalina Athman

Tidak seperti pengguna iPhone yang boleh melihat battery health secara terus dari tetapan peranti, pengguna Android memerlukan aplikasi pihak ketiga atau memasukkan kod arahan khusus untuk menyemak tahap kesihatan bateri.

Terbaharu, peranti Android sekali lagi dikatakan bakal mempunyai ciri untuk melihat anggaran baki kapasiti bateri.

Berkaitan

  • Battery Health Versi Android Mungkin Hadir Dalam Android 14
  • Android 14 Kini Rasmi, Ini Antara Yang Baharu

Melalui keluaran Pixel Feature Drop untuk Disember 2023, Google telah memperkenal bahagian “battery information” di bawah Settings > About Phone. Bahagian ini, seperti yang ditunjukkan di bawah, memperlihat tarikh pengeluaran dan kiraan kitaran bateri peranti.

battery health android_1

Tarikh pengeluaran dan kiraan kitaran bukanlah satu-satunya statistik berkaitan bateri yang didedahkan dalam API Android 14. Butiran lain mengenai kesihatan bateri termasuk tarikh penggunaan pertama, polisi pengecasan, status pengecasan dan keadaan kesihatan juga tersedia.

Buat masa ini, aplikasi Settings belum menunjukkan keadaan kesihatan bateri, tetapi halaman tetapan didapati sudah tersedia.

battery health android_2

Halaman ini dijangka akan menunjukkan “anggaran peratusan cas yang boleh disimpan oleh bateri pada masa ini berbanding semasa ia baharu” sebelum dan selepas “penentuukuran semula” bateri.

Sumber: Mishaal Rahman

Gambar utama: GizChina

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Malaysia Tingkatkan Tahap Ancaman Keselamatan Siber Negara Daripada Rendah Kepada Sederhana
  • Google Umum Pelaburan AS$15 Bilion Di Malaysia, Sasar 9,000 Pekerjaan Dengan Gaji Lebih Tinggi
  • Paras Gas Karbon Dioksida Dunia Telah Meningkat 3 Kali Ganda Sejak 1960 - WMO
  • HONOR Magic9 Pro Max Dengan Pengimejan ARRI Sah Ke Malaysia, Jadi Telefon Rasmi FFM35
  • UKM Jadi Institusi Pertama Di Asia Tenggara Guna Implan Suara Boleh Laras
  • Aplikasi Shopee Kini Ada Pembantu Beli-Belah 'Migoo AI'
  • Sam Altman: RAM Lebih Baik Digunakan Di Pusat Data Berbanding PC
  • Google Akan Sekat Akses Search Untuk Pelajar Jika Sekolah Tolak AI
©2026 WISER.MY