Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Waze bahasa berubah hebrew

Sejumlah Pengguna Lapor Isu ‘Pelik’ Dalam Aplikasi Waze

Diterbitkan November 6, 2024 · Dikemas kini November 7, 2024 oleh Amalina Athman

Sejumlah pengguna Waze secara global – termasuk di Malaysia, melaporkan gangguan yang tidak dijangka dalam aplikasi navigasi itu pada hari ini.

‘Glitch’ atau gangguan itu menyebabkan tetapan bahasa aplikasi secara tiba-tiba berubah kepada bahasa seperti Ibrani (Hebrew), Sepanyol dan Arab.

Sejumlah Pengguna Lapor Isu ‘Pelik’ Dalam Aplikasi Waze
Sejumlah Pengguna Lapor Isu ‘Pelik’ Dalam Aplikasi Waze
Sejumlah Pengguna Lapor Isu ‘Pelik’ Dalam Aplikasi Waze

Difahamkan, masalah itu berterusan walaupun selepas pengguna cuba mengembalikan tetapan kepada bahasa Inggeris atau memulakan semula (restart) peranti, yang membawa kepada kekeliruan pengguna.

Isu tersebut bukan sahaja menyusahkan pengguna, malah menimbulkan kebimbangan keselamatan mengenai navigasi dalam bahasa yang tidak difahami.

https://twitter.com/XArthurDent/status/1854171336102248935

Sebilangan pengguna turut membuat spekulasi bahawa masalah tersebut melibatkan penggodaman. Walau bagaimanapun, setakat ini belum ada sebarang kenyataan rasmi daripada Waze berhubung perkara tersebut.

Berkaitan

  • Waze Kini Hadir Dengan Ciri Keselamatan Baharu
  • Cara Menjadikan Google Maps Sebagai Aplikasi Lokasi "Utama" Pada iPhone
  • Ini Cara vivo Hasilkan Telefon Nipis 7mm Dengan Bateri 5500mAh
  • Google Maps Kini Lebih Pintar Dengan Integrasi AI Gemini

Sumber: X

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Stesen RTS Bukit Chagar Guna Sistem Imigresen NIISe Sepenuhnya - Bakal Pengguna Disaran Daftar Lebih Awal
  • Saman MCMC Tidak Jejas Pelaburan Berbilion Ringgit Google Di Malaysia - PM Anwar
  • Beli Peralatan Elektrik 'Online'? Semak 3 Perkara Ini Dahulu
  • Cara Pindahkan Mata Ganjaran Kad Mesra Lama Ke Aplikasi Setel
  • Penyelidik Jepun Hasilkan Sel Hibrid “Planimal” Daripada Alga Merah dan Sel Hamster
  • NVIDIA Dan KIOXIA Bekerjasama Uji Sistem AI Dengan 1.1 Petabait SSD
  • Cara 'Schedule Message' WhatsApp
  • (Ulasan) Nothing Headphone (1) Pro — Hampir Mencapai Tahap 'Pro' Sebenar
©2026 WISER.MY