Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Waze Crash Alerts

Waze Kini Hadir Dengan Ciri Keselamatan Baharu

Diterbitkan November 8, 2023 · Dikemas kini November 8, 2023 oleh Amalina Athman

Waze kini melancarkan ciri keselamatan baharu, Crash History Alerts, untuk memberikan notifikasi apabila pemandu melalui jalan yang kerap berlaku kemalangan.

Berkaitan

  • Lebih Menarik, Ini Cara Guna 'Immersive View' Dalam Google Maps

Dengan teknologi AI dan laporan komuniti Waze, ciri ini menggabungkan data sejarah kemalangan dan maklumat penting mengenai laluan pengguna – seperti tahap trafik, sama ada lebuh raya atau jalan biasa, aras ketinggian dan lain-lain.

Waze Kini Hadir Dengan Ciri Keselamatan Baharu

Jika laluan termasuk jalan yang kerap berlaku kemalangan, Waze akan menunjukkan notifikasi amaran sebelum sampai di kawasan itu.

Bagaimanapun, bagi meminimumkan gangguan, bilangan makluman yang dilihat pemandu akan dihadkan dan aplikasi itu tidak menunjukkan amaran bagi jalan yang sudah kerap dilalui.

Ciri ini telah pun mula tersedia hari ini untuk pengguna Android dan iOS.

Sumber: Waze Blog

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Stesen RTS Bukit Chagar Guna Sistem Imigresen NIISe Sepenuhnya - Bakal Pengguna Disaran Daftar Lebih Awal
  • Saman MCMC Tidak Jejas Pelaburan Berbilion Ringgit Google Di Malaysia - PM Anwar
  • Beli Peralatan Elektrik 'Online'? Semak 3 Perkara Ini Dahulu
  • Cara Pindahkan Mata Ganjaran Kad Mesra Lama Ke Aplikasi Setel
  • Penyelidik Jepun Hasilkan Sel Hibrid “Planimal” Daripada Alga Merah dan Sel Hamster
  • NVIDIA Dan KIOXIA Bekerjasama Uji Sistem AI Dengan 1.1 Petabait SSD
  • Cara 'Schedule Message' WhatsApp
  • (Ulasan) Nothing Headphone (1) Pro — Hampir Mencapai Tahap 'Pro' Sebenar
©2026 WISER.MY