Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Sejumlah 85.7% Isi Rumah Di Malaysia Mempunyai Akses Internet

Sejumlah 85.7% Isi Rumah Di Malaysia Mempunyai Akses Internet

Diterbitkan Mac 20, 2018 oleh Helmi Samsuri

Pengetahuan rakyat Malaysia tentang teknologi semakin berkembang dan hal ini boleh dilihat dengan peningkatan penggunaan peranti pintar mahupun komputer dalam kehidupan seharian.

Hal ini boleh dilihat dimana sejumlah 85.7% isi rumah di Malaysia mempunyai akses kepada internet dengan kenaikan sebanyak 15.6% berbanding tiga tahun sebelum.

Berdasarkan statistik yang dikeluarkan Jabatan Perangkaan Malaysia, isi rumah dengan penggunaan telefon pintar serta komputer, masing-masing meningkat kepada 74.1% dan 98.1%, berbeza pada tahun 2015 dengan peratusan 67.6% dan 97.6.

Antara akses internet yang popular dalam kalangan rakyat Malaysia adalah platform media sosial seperti Facebook, Instagram, Twitter dan beberapa aplikasi lain(86.3%). Lain-lain aktiviti internet yang diakses pengguna Malaysia adalah seperti berikut:

  • Muat turun imej, filem, video, muzik, muat turun atau bermain aplikasi permainan(81.2%)
  • Mencari maklumat tentang barangan atau perkhidmatan (80.4%)
  • Muat turun perisian atau aplikasi (74.5%)
  • Perbankan internet(74.5%)
  • Beli serta tempahan barangan atau perkhidmatan(23.3%)

Sumber: The Malay Mail Online

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Pelajar Perak Cipta Set Kepala Pintar Untuk Individu Kurang Penglihatan - Menang Hadiah Samsung Bernilai Sehingga RM47,000
  • Apple Perkenal MacBook Pro Pertama Dengan Skrin Sentuh - Harga Bermula RM11,999
  • Harga MacBook Neo Di Apple Education Store Naik Lagi - Kini Bermula RM2,799
  • Maxis, U Mobile Dilaporkan Pertimbang Semula Rancangan Penggabungan
  • Google Mudahkan Pemasangan Aplikasi Dari Kedai Pihak Ketiga Di Android, Malaysia Antara Negara Terawal Mulai 1 Disember
  • Syarikat Teknologi Pengiklanan Israel Didakwa Intip Pengguna Starlink
  • Pemilik Dakwa ChatGPT Bantu Temui Semula Fon Telinga Yang Hilang Sepantas 5 Minit
  • ASUS Terus Kuasai Pasaran Monitor OLED Global - Omdia
©2026 WISER.MY