Sedang Mencari Telefon Pintar Sedap Untuk Bermain Game? Model Ini Mungkin Sesuai Untuk Anda

Permainan mudah alih kini semakin popular dimainkan setiap pengguna telefon pintar lebih-lebih lagi bagi golongan Millenial dan Gen Z.

Angry Birds dan Temple Run antara permainan yang kerap dimainkan beberapa tahun lepas dan kini kita boleh lihat permainan seperti PUBG Mobile dan Mobile Legends menjadi pilihan untuk mengisi masa senggang.

Bukan sekadar hobi, permainan-permainan ini juga mula diangkat sebagai salah satu cabang dalam arena e-sukan yang semua sudah maklum menawarkan hadiah-hadiah yang cukup lumayan.

Bagi memberikan kepuasan kepada pengguna dalam memainkan permainan pada peranti, pelbagai jenis model telefon pintar dipertaruhkan kedalam pasaran. Ada skrin besar, ada menjanjikan bunyi yang baik dan ada juga yang menawarkan jangka hayat bateri lebih lama.

Salah satu telefon pintar yang mempunyai ciri-ciri yang disebutkan diatas adalah Huawei Nova 3. Menembusi pasaran Malaysia lebih kurang empat bulan lepas, rata-rata pembeli menyatakan mereka berpuas hati dengan prestasi peranti berkenaan.

Adakah Huawei Nova 3 sesuai melampiaskan nafsu serakah anda dalam bermainan permainan mudah alih?



Jawapannya ya dan mungkin juga tidak. Bergantung kepada apa yang anda mahukan ketika bermain.

Huawei Nova 3 merupakan peranti pertama dalam siri Nova yang menawarkan spesifikasi flagship dengan menghadirkan cip pemprosesan Kirin 970 didalamnya. Manakala bagi unit pemprosesan grafik pula, ia disokong oleh sistem Mali-G72 MP12.



Peranti ini memperagakan skrin bersaiz 6.3 inci yang menyokong resolusi 1080 x 2340p dengan nisbah 19.5:9. Rasanya dengan ukuran sebegini ia mampu memuaskan mata anda ketika bermain disamping sudut pandangan yang luas, memberikan keupayaan pandangan dari sudut yang berbeza.

Paparan yang luas sahaja tidak mencukupi kerana anda memerlukan kelengkapan lain untuk menjadikan anda ibarat seorang pemain "pro". Huawei Nova 3 juga disokong dengan teknologi GPU Turbo yang menjanjikan 60% peningkatan prestasi grafik telefon dengan 30% penjimatan kuasa bateri. Tiada masalah memainkan game berat seperti PUBG.



Melalui GPU Turbo, pengguna boleh menikmati pengalaman permainan 4D. Aksi tembak-menembak lebih mengujakan apabila anda boleh merasai getaran dan mengesan bunyi pergerakan musuh. Skrin ada takuk? Jangan risau, boleh sorok.

Bagi menambah lagi keseronokan penggunaan peranti ini, Huawei telah memperkenalkan sistem audio Hisen 5.0 bagi membantu anda.

https://www.youtube.com/watch?v=HW9YQYwesSs

Sistem audio yang terbina di dalam perantinova 3 dan nova 3i ini akan menganalisa kandungan audio secara automatik sebelum menetapkan tetapan terbaik bagi equalizer dalam mod audio pintar yang dijana oleh fon kepala atau fon telinga anda.

Selain itu, Histen 5.0 ini juga merupakan sistem audio 3D pelbagai saluran dengan sokongan bunyi Surround 7.1 yang hadir dengan 8 saluran. Ia sekaligus memberikan kualiti audio yang lebih realistik dan tepat, maka mendengar lagu menggunakan pembesar suara dalam bilik yang luas kini dapat dinikmati lebih baik.



Satu ciri yang didambakan pengguna adalah daya bateri yang mampu bertahan lama. Menjalankan permainan bergrafik tinggi pastinya memerlukan lebih tenaga, jadi Huawei telah memuatkan bateri berkapasiti 3750mAh pada Nova 3.



Pengoptimuman perisian dari Huawei turut memainkan peranan penting bagi prestasi bateri dimana penggunaan aplikasi asas selama sehari, kuasa bateri masih bersisa sekitar 20%-30%. Tetapi bagaimana pula bermain game secara terus menerus? Huawei Nova 3 dilihat mampu bertahan dari 4 jam ke 5 jam.

Mungkin diatas kertas Huawei Nova 3 kelihatan kebelakang sedikit berbanding beberapa model dalam kelas yang sama, tetapi dari segi penggunaan sebenar dan dalam menjalankan aplikasi permainan, ia berupaya memberikan kepuasan kepada si pemilik.

Huawei Nova 3 kini bernilai RM1699, RM220 lebih murah berbanding harga pengenalan dahulu. Jika anda sedang mencari peranti yang sedap untuk memenuhi keinginan gaming, mungkin Huawei Nova 3 boleh dipertimbangkan.

Untuk spesifikasi lain, boleh lanjutkan bacaan disini - Huawei Nova 3

Artikel ini dibawakan oleh Huawei Malaysia