Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Screen Shot 2018-08-27 at 4.44.42 PM

Pocophone F1 Mula Dijual 30 Ogos Ini, Harga Bermula Dari RM 1237 Sehingga RM 1428

Diterbitkan Ogos 27, 2018 ยท Dikemas kini Ogos 27, 2018 oleh Helmi Samsuri

Nama Pocophone ketika ini cukup hangat diperkatakan lebih-lebih lagi bagi mereka yang sedang menantikan telefon pintar berkuasa dengan harga yang murah.

Merupakan satu jenama dibawah payung Xiaomi, Pocophone bakal menemui peminat tempatan pada 30 Ogos ini.

Screen Shot 2018-08-27 at 4.42.26 PM

 

Screen Shot 2018-08-27 at 4.41.03 PM

Didatangkan pada dua variasi pilihan iaitu 6GB+ 64GB yang bakal didagangkan pada harga RM 1237 dan sebuah lagi 6GB+128GB bernilai RM 1428.

POCOPHONE F1_10

Spesifikasi yang bakal dinikmati para pembeli adalah seperti berikut.

  • Skrin 6.18 inci FHD+
  • Snapdragon 845 dengan kelajuan pemprosesan sehingga 2.8GHz
  • Teknologi LiquidCool
  • Dwi kamera 12MP+5MP
  • Pengimbas cap jari
  • Bateri berkapasiti 4000mAh dengan pengecasan Quick Charge 3.0

POCOPHONE F1_18

Bersempena dengan kehadiran model terhangat ini, Xiaomi Malaysia bakal mengadakan promosi bertempat di Mi Store Mid Valley Megamall pada 30 Ogos ini.

200 pembeli pertama akan menerima Mi Sports Bluetooth Earphones yang bernilai RM 93 serta sebuah game holder.

Namun selepas 10 September 2018, harga akan berubah kepada RM 1299 dan RM 1499 berikutan pelaksanaan cukai SST.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY