Siri OPPO Reno3 Rasmi Di Malaysia, Harga Bermula Dari RM1699

Siri OPPO Reno kini sudah memasuki generasi ketiga dimana Reno3 Pro baru sahaja diumumkan secara rasmi untuk pasaran Malaysia sebentar tadi.

Penawaran terbaharu daripada OPPO Malaysia ini diletakkan pada nilai jualan RM2399 untuk versi Pro dan RM1699 bagi versi biasa.



Mengenai spesifikasi peranti, OPPO Reno3 Pro didatangkan dengan skrin paparan 6.4 Super AMOLED dengan nisbah 20:9. Panel bahagian hadapan ini turut menyertakan rekaan berlubang yang memuatkan dwi lensa kamera 44MP dan 8MP lensa depth.



Komponen dalaman peranti pula terdiri daripada cip pemproses MediaTek Helio P95 yang bergandingan dengan memori RAM 8GB serta storan 256GB. Sekiranya masih kurang mencukupi, ia ada menyediakan sokongan kad MikroSD.

Bagi rakaman belakang, OPPO Reno3 dipersenjatakan dengan sistem kuad kamera yang membariskan 65MP kamera utama, 13MP Telefoto, 2MP mono, dan 8MP ultra lebar.



Menjana kuasa peranti adalah bateri dengan kapasiti 4025mAh yang dicas daya berkelajuan 30W, VOOC Flash Charge 4.0. OPPO Reno3 akan menjalankan sistem operasi ColorOS 7 yang berasaskan Android 10 dari dalam kotak. Selain itu, ia juga mempertaruhkan kualiti audio dengan sokongan Dolby Atmos. Anda boleh memilih Auroral Blue dan Midnight Black.



Sementara bagi model asas iaitu OPPO Reno3, ia didatangkan dengan spesifikasi sedikit rendah iaitu cip pemproses MediaTek Helio P90, kamera utama 48MP, kamera swafoto tunggal 44MP, serta pengecasan pantas VOOC Flash Charge 2.0 20W. Lain-lain ciri sama seperti versi Pro.