Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Xiaomi Mi 9 SE Dijadualkan Pelancarannya Pada 30 April Ini

Xiaomi Mi 9 SE Dijadualkan Pelancarannya Pada 30 April Ini

Diterbitkan April 25, 2019 oleh Helmi Samsuri

Model Mi 9 dan Mi 9 SE pertama kali dilancarkan sekitar Februari yang lalu. Namun begitu, ketika memasuki pasaran Malaysia pada awal April lepas, hanya Mi 9 sahaja yang diperkenalkan.

Xiaomi Mi 9 SE Dijadualkan Pelancarannya Pada 30 April Ini

Tanda tanya peminat mengenai model SE kini telah terjawab selepas Mi Malaysia mengumumkan 30 April sebagai tarikh pelancaran versi tersebut.


Imbas kembali penawaran, Mi 9 SE merupakan peranti yang dipasang dengan skrin paparan AMOLED berukuran 5.97 inci dengan takuk bahagian hadapan diletakkan dengan lensa 20MP bagi rakaman swafoto.

Xiaomi Mi 9 SE Dijadualkan Pelancarannya Pada 30 April Ini

Rakaman foto talaan belakang pula mengetengahkan tetapan tiga kamera iaitu 48MP+8MP+13MP dan ia bakal dikuasakan dengan cip Snapdragon 712. Selain itu, bahagian memori menggunapakai RAM 6GB dengan dua pilihan memori 64GB serta 128GB.

Mi 9 dimuatkan dengan bateri berkapasiti 3070mAh dengan daya pengecasan 18W. Harga untuk pasaran tanah air belum didedahkan lagi tetapi bagi anda yang mahu meramal nilai jualannya, Mi 9 SE dijual di China pada harga ~RM1210 sehingga ~RM1392.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • (Ulasan) Nothing Phone (4b): Bukan Telefon Yang Teruk, Cuma Pesaing Lebih Menarik
  • Google Perkenal Gemini 4 Carbon, Model AI Frontier Dengan Fokus Keselamatan Siber
  • Pelajar Perak Cipta Set Kepala Pintar Untuk Individu Kurang Penglihatan - Menang Hadiah Samsung Bernilai Sehingga RM47,000
  • Apple Perkenal MacBook Pro Pertama Dengan Skrin Sentuh - Harga Bermula RM11,999
  • Harga MacBook Neo Di Apple Education Store Naik Lagi - Kini Bermula RM2,799
  • Maxis, U Mobile Dilaporkan Pertimbang Semula Rancangan Penggabungan
  • Google Mudahkan Pemasangan Aplikasi Dari Kedai Pihak Ketiga Di Android, Malaysia Antara Negara Terawal Mulai 1 Disember
  • Syarikat Teknologi Pengiklanan Israel Didakwa Intip Pengguna Starlink
©2026 WISER.MY