Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Sebuah Lagi Aplikasi Penukar Wajah Menimbulkan Perdebatan Isu Privasi Pengguna

Sebuah Lagi Aplikasi Penukar Wajah Menimbulkan Perdebatan Isu Privasi Pengguna

Diterbitkan September 3, 2019 · Dikemas kini September 3, 2019 oleh ariff bukhari

Aplikasi Zao dari China ini semakin popular dikalangan pengguna peranti iOS.

Sebuah aplikasi dari syarikat pembangun China, ZAO kini menjadi semakin popular dimuat turun dan digunakan oleh para pengguna iPhone. Aplikasi ini membolehkan penggunanya menukarkan wajah selebriti dari klip video pendek kepada wajah mereka.

Wajah selebriti ini termasuklah dari klip-klip video pendek filem, drama, sukan dan lain-lain.

Setakat ini, sejak ia mula ditawarkan kepada pengguna peranti iOS, ia dilaporkan sudah dimuat turun oleh berjuta pengguna peranti iOS.Malah ia telah tersenarai sebagai aplikasi paling popular di laman App Store China sejak ditawarkan pada 1 September lalu sehingga hampir menyebabkan pelayan ZAO hampir tergendala.

Walaubagaimanapun, para penyelidik keselamatan malah dikalangan penggunanya juga mula menimbulkan rasa kurang senang terhadap cara pembangun aplikasi ini menguruskan data privasi mereka.

Ini kerana dalam kenyataan persetujuan menggunakan aplikasi ini menyebut “consumers who upload their images to ZAO agree to surrender the intellectual property rights to their face, and permit ZAO to use their images for marketing purposes.”

Susulan daripada isu itu, pihak pembangunnya telah respon kepada pertanyaan dari para pengguna mereka.

“We thoroughly understand the anxiety people have toward privacy concerns. We have received the questions you have sent us. We will correct the areas we have not considered and require some time.” Momo Inc.

Sebelum ini, isu yang sama turut diperdebatkan terhadap aplikasi menukar wajah FaceApp yang dibangunkan dari firma Rusia berkaitan risiko privasi pengguna dari disalah guna oleh pembangunnya dan pihak lain.

Sumber: Reuters

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Kadar Pertumbuhan Syarikat Perlahan, Canva Umum Buang 1,271 Pekerja
  • MyCERT Saran Pengguna iPhone Kemas Kini iOS 27.2 Dengan Segera
  • Microsoft Mohon Paten AI Yang Boleh Ubah Ucapan Dan Gerak Bibir Dalam Video 'Live'
  • Ubat Susulan Boleh Dihantar Ke Rumah, Ini Cara Mohon Melalui MyUBAT
  • Malaysia Tingkatkan Tahap Ancaman Keselamatan Siber Negara Daripada Rendah Kepada Sederhana
  • Google Umum Pelaburan AS$15 Bilion Di Malaysia, Sasar 9,000 Pekerjaan Dengan Gaji Lebih Tinggi
  • Paras Gas Karbon Dioksida Dunia Telah Meningkat 3 Kali Ganda Sejak 1960 - WMO
  • HONOR Magic9 Pro Max Dengan Pengimejan ARRI Sah Ke Malaysia, Jadi Telefon Rasmi FFM35
©2026 WISER.MY