Connect with us

Berita

Sebelum Anda Terus Galak Menggunakan Aplikasi FaceApp Yang Sedang Tular, Apa Kata Anda Baca Ni Dahulu…

ariff bukhari

Ditulis

pada

Tanpa sedar, anda sebenarnya telah berkongsikan data privasi lebih dari yang sepatutnya kepada pihak luar.

Aplikasi terbaru yang sedang tular dan semakin popular, FaceApp kini telah menjadi trend terkini pada hampir semua pengguna peranti pintar. Pengguna maya dapat dilihat telah ramai mencuba dan menggunakan FaceApp dan berkongsikan hasil wajah yang disunting menggunakan aplikasi tersebut ke laman sosial mereka termasuklah Facebook, Instagram dan Twitter.

FaceApp merupakan aplikasi telefon pintar yang membolehkan penggunanya memasukkan kesan khas pada wajah swafoto mereka bagi menampakkan wajah penggunanya kelihatan seolah-oleh mereka sudah tua.

Menggunakan teknologi algoritma yang cukup canggih, ia mampu mengubah foto mahupun video dengan memasukkan efek-efek khas tertentu di mana pengguna tidak lagi perlu bersusah payah mengubah foto atau video menggunakan aplikasi yang sofistikated. Hanya dengan FaceApp pengguna kini boleh membuat semua itu hanya dengan sekelip mata sahaja.

Disebalik keseronokan itu…

Disebalik keseronokkan para pengguna maya yang sedang mencuba aplikasi tersebut pada peranti pintar mereka, pihak keselamatan siber telah mula berasa curiga terhadap aplikasi tersebut.

Ini kerana, di dalam kenyataan terma penggunaan aplikasi itu, tertulis dengan jelas bahawa foto-foto yang digunakan bersama aplikasi tersebut boleh digunakan oleh pihak pembangun dalam cara yang mungkin tidak dijangkakan.

Sebagai contoh, ini adalah sebahagian polisi privasi yang dinyatakan pada pengguna aplikasi tersebut:

If we sell or otherwise transfer part or the whole of FaceApp or our assets to another organization (e.g., in the course of a transaction like a merger, acquisition, bankruptcy, dissolution, liquidation), your information such as User Content and any other information collected through the Service may be among the items sold or transferred.

Tidak setakat itu, di dalam polisi privasi aplikasi itu juga dinyatakan bahawa “pihak sekutu dan pembekal perkhidmatan boleh memindahkan maklumat yang dikumpul mengenai pengguna, termasuk maklumat peribadi merentasi sempadan dan dari negara atau bidang kuasa ke luar negara atau negara-negara seluruh dunia.”

Ini bermakna, data wajah anda yang dimuat naik ke storan awan aplikasi tersebut mungkin mampu digunakan dalam pilihanraya luar negara termasuklah di Rusia.

Teknologi pengecaman wajah

Apabila anda menggunakan aplikasi FaceApp secara tidak sedar, anda telah bersetuju dengan apa yang termaktub di dalam terma penggunaan aplikasi tersebut. Bermakna, pembangun aplikasi berhak menggunakan wajah anda untuk digunakan secara sesuka hati mereka, termasuklah dalam pembangunan teknologi pengecaman wajah.

““to use, reproduce, modify, adapt, publish, translate, create derivative works from, distribute, publicly perform and display your User Content and any name, username or likeness provided in connection with your User Content in all media formats and channels now known or later developed.”

Pihak penyelidik menegaskan, mana-mana aplikasi yang mengumpul data berkenaan pengecaman wajah perlu dirisaukan pengguna terutamanya apabila data-data peribadi anda boleh digunakan oleh agensi kerajaan, syarikat asing atau perisikan asing.

Berdasarkan kepada semakan terhadap info aplikasi ini, FaceApp telah mula ditawarkan di Google Play Store sejak Februari 2017 lagi. Cuma hanya baru sekarang sahajaia menjadi tular dan meningkat popular secara mendadak pada pengguna telefon pintar.

Pembangun aplikasi FaceApp, Wireless Lab OOO berpangkalan di Saint-Petersburg, Rusia. Kerajaan negara tersebut sebelum ini disyaki telah mencampuri proses pilihan raya Presiden Amerika 2016 yang sekaligus menjadikan Donald Trump sebagai Presiden Amerika yang ke-45.

Sumber: MarketWatch

Continue Reading
Advertisement
Apa Komen Anda

Tinggalkan Pandangan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Popular