Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
myjakim palsu

Sebarkan Fitnah Terhadap Agama Islam, Akaun Palsu MyJAKIM Kini Digantung

Diterbitkan Oktober 6, 2020 oleh Amalina Athman

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) mengesahkan akaun Twitter yang menyamar sebagai @MyJAKIM kini telah digantung oleh pihak Twitter.

Sebarkan Fitnah Terhadap Agama Islam, Akaun Palsu MyJAKIM Kini Digantung

Ini berikutan, akaun tersebut didapati cuba menyamar sebagai JAKIM dengan memuat naik hantaran-hantaran bersifat menghina serta mengandungi ucapan kebencian terhadap agama.

@MyJAKIM mohon maklum tentang akaun "parodi" yang menggunakan nama dan logo yang sama kecuali ejaan akaun palsu ini dengan huruf L kecil menggantikan huruf I besar dalam akaun asal. Kebarangkalian ayat Quran dan Hadeeth diselewengkan atas nama parodi adalah tinggi. pic.twitter.com/KtaFN8z6PI

— Rafidah Hanim Mokhtar 🇲🇾 (@DrRafidahHanim) October 4, 2020

Terdahulu, warga Twitter telah memaklumkan mengenai akaun “parodi” ini yang menggunakan nama dan logo yang sama dengan akaun asal JAKIM. Namun, akaun palsu ini didapati cuba mengaburkan orang ramai dengan menggunakan huruf “L” kecil bagi menggantikan huruf “I” besar dalam akaun asal.

Dalam pada itu, orang ramai juga diminta agar berwaspada dengan kewujudan akaun palsu sedemikian serta digalakkan melaporkan kepada pihak berkuasa jika mengesan akaun palsu yang terlibat.

Sumber: MCMC

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY