Jumlah kes tersebut menyebabkan kerugian berjumlah RM410.6 juta.
Parlimen Malaysia dimaklumkan, sebanyak 8,489 kes telah direkodkan sepanjang tahun lepas hingga Ogos 2019 akibat kegiatan jenayah scammer.
Ia dimaklumkan oleh Menteri Dalam Negeri Muhyiddin Yassin dalam jawapan bertulis beliau yang dipaparkan dalam laman web Parlimen.
Daripada jumlah kegiatan jenayah scam itu, ia telah melibatkan kerugian wang ringgit berjumlah RM410.6 juta.
Berikutan isu ini, beliau memaklumkan bahawa pihak kerajaan telah sedaya upaya menangani jenayah scam ini termasuklah dengan melancarkan portal semakan 'mule account' (akaun palsu menggunakan identiti yang dimanipulasi) secara dalam talian melalui laman web rasmi Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Malah Menteri juga memaklumkan kewujudan akaun Facebook “Cyber Crime Alert Royal Malaysia Police” untuk berkongsi maklumat berkenaan modus operandi kes-kes jenayah siber atau komersial untuk memberi peringatan kepada masyarakat mengenai kegiatan keji 'scammer'.
Jawapan bertulis oleh Menteri adalah bagi menjawab soalan Mohd Fasiah Mohd Fakeh (PH-Sabak Bernam) yang meminta Menteri Dalam Negeri menyatakan jumlah kes 'scammer' termasuklah Macau Scammer, Love Scammer dan tawaran pinjaman yang tidak wujud di negara ini bagi tempoh 2018 dan 2019.
Disebalik usaha-usaha dan perkongsian maklumat tentang aktiviti jenayah scam ini, masih terdapat sebilangan rakyat Malaysia yang terpedaya dengan jenayah scam ini.
Sebagai contoh, kes terbaru scam telah menyebabkan kerugian berjumlah RM72,500 apabila seorang pesara guru ditipu oleh penjenayah Macau Scam.
Tidak berhenti di situ, pada 18 Oktober lalu telah dilaporkan media di mana seorang ahli perniagaan di Johor Bharu mengalami kerugian berjumlah RM200 ribu kerana tidak menyedari ditipu oleh scammer.
Sumber: Bernama
Berkaitan
- Malaysia Di Tangga Ke-6 Dalam Jenayah Buli Siber Peringkat Global
- PDRM Dedah Scammer Guna Aplikasi Durian Bagi Tujuan Penipuan Jual Beli Durian
- Kaspersky Bekerjasama Dengan Pihak INTERPOL Dalam Usaha Memerangi Jenayah Siber
- Polis New York Kini Guna Polis Robot Untuk Perangi Jenayah
- CelcomDigi Mudahkan Pelanggan Lapor Kes Scam
- Serangan Siber Menurun Kerana Penggodam Lebih Banyak Habiskan Masa Cipta Perisian Lebih Canggih
- ATM Dilaporkan Telah Berdepan Lebih Daripada 3,600 Serangan Siber Setakat Suku Pertama Tahun Ini
- Ini Adalah 100 Ribu Kata Laluan Paling Teruk Yang Biasa Digunakan Pengguna Menurut Pusat Keselamatan Siber Nasional United Kingdom
- Pengasas Firma Keselamatan Siber Acronis Takut Dengan Mesin Hampagas Miliknya
- Ancaman Siber Dihadapi Vietnam Dan Indonesia Hampir 7 Kali Lebih Tinggi Berbanding Malaysia