Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Polis New York Kini Guna Polis Robot Untuk Perangi Jenayah

Polis New York Kini Guna Polis Robot Untuk Perangi Jenayah

Diterbitkan September 26, 2023 ยท Dikemas kini September 26, 2023 oleh ariff bukhari

Jabatan Polis New York (NYPD) telah memperkenalkan robot keselamatan yang dipanggil sebagai K5. Ia digunakan bagi memantau keselamatan di stesen kereta api bawah tanah Times Square untuk meningkatkan keselamatan di kawasan itu.

Penggunaan robot itu adalah program awal sebagai peringkat percubaan robot keselamatan yang dihasilkan oleh Knightscope.

K5 adalah robot tanpa lengan dan kaki seberat 190kg tetapi dilengkapi dengan 4 kamera untuk rakaman video dan akan meronda stesen itu dari tengah malam hingga 6 pagi sepanjang percubaannya selama dua bulan.

Polis New York Kini Guna Polis Robot Untuk Perangi Jenayah

K5 tidaklah direka untuk campur tangan fizikal tetapi akan menghubungkan orang ramai kepada operator langsung untuk melaporkan insiden atau bertanya soalan.

Walaupun ia tidak akan menggunakan teknologi ciri pengecaman muka, tetapi wujud kebimbangan tentang isu privasi dikalangan orang ramai di bandar raya itu.

Antara ciri utama robot K5 ini adalah keupayaan mengesan termal, mengimbas nombor pendaftran kenderaan dan boleh strim serta rakam video HD.

Berdasarkan semakan di laman rasmi Knightscope, robot K5 telah membantu mengurangkan sejumlah 46% laporan aktiviti jenayah dan mengurangkan sehingga 27% tangkapan ke atas penjenayah oleh Jabatan Polis Bandar Huntington Park, Los Angeles.

Knightscope adalah sebuah syarikat yang membangunkan Robot Keselamatan Autonomi (ASR) dengan menggabungkan teknologi pandu sendiri, robotik, kecerdasan buatan (A.I.) dan “kenderaan” elektrik.

Berkaitan

  • Robot Anjing Rusia Ini Dilengkapi Dengan Teknologi Pelancar Misil
  • Bekerja 20 Jam Tanpa Henti, Robot Tiba-Tiba "Pengsan"
  • DreameBot L20 Ultra, Robot Vakum Pintar Berharga RM4,499

Sumber: Fox 5 New York, Knightscope

(Gambar sekadar hiasan)

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY