Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
King of fruits

PDRM Dedah Scammer Guna Aplikasi Durian Bagi Tujuan Penipuan Jual Beli Durian

Diterbitkan Mei 9, 2022 oleh ariff bukhari

Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerusi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Timur Laut, Pulau Pinang mendedahkan terdapat cubaan penjenayah siber menipu pengguna menerusi aplikasi yang dikenali sebagai D4 Durian.

Penjenayah dikesan cuba mengambil kesempatan menjelang musim durian yang akan tiba tidak lama lagi dengan mengiklankan penjualan durian pada harga murah di dalam platfom-platfom media sosial seperti Facebook, Instagram dan lain-lain.

Suspek akan berurusan terus dengan mangsa menggunakan aplikasi Whatsapp dan mangsa akan diminta tekan pada pautan yang diberi di mana ia akan memuat turun aplikasi ‘D4 Durian’ untuk proses bayaran.

PDRM Dedah Scammer Guna Aplikasi Durian Bagi Tujuan Penipuan Jual Beli Durian

Apabila pautan ditekan, mangsa akan dibawa ke halaman yang menyerupai ‘transaksi FPX’.

Sebaik sahaja mangsa memasukkan nama pengguna dan kata laluan, sistem pembayaran tersebut akan tergendala.

Kemudian, mangsa akan terima mesej daripada pihak bank yang memaklumkan terdapat pemindahan wang dari akaun mangsa ke akaun pihak ketiga (amaun yang tinggi daripada harga pembelian tersebut).

PDRM Dedah Scammer Guna Aplikasi Durian Bagi Tujuan Penipuan Jual Beli Durian

Ekoran itu, PDRM menasihatkan orang ramai supaya jangan sesekali memuat turun sebarang aplikasi yang tidak pasti sumbernya.

Orang ramai juga diminta untuk tidak mendedahkan kata laluan, nama pengguna atau apa-apa sahaja maklumat perbankan kepada pihak ketiga.

Sumber: PDRM, FMT

Baca juga:

  • Hati-Hati Dengan Pautan Laman Sesawang Palsu Cabutan Bertuah Petronas Di WhatsApp
  • Elon Musk Cadang Kenakan Caj Pada Organisasi Yang Guna Twitter
  • Empat Syarikat ’Telco’ Berjaya Siapkan 60 Menara Baru 4G, Digi Alami Isu

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
  • Google Perkenal Gemini 4 Hydrogen, Model AI Lebih Pantas Kini Tersedia Di Aplikasi Gemini
  • Aplikasi Gemini Kini Tersedia Di Apple CarPlay
  • Jensen Huang Letak Jawatan Sebagai CEO Selepas 33 Tahun, NVIDIA Lantik CEO Interim
©2026 WISER.MY