Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
jenayah siber

Ancaman Siber Dihadapi Vietnam Dan Indonesia Hampir 7 Kali Lebih Tinggi Berbanding Malaysia

Diterbitkan April 3, 2024 ยท Dikemas kini April 3, 2024 oleh ariff bukhari

2023 menyaksikan hampir 43 juta ancaman tempatan yang menyasarkan organisasi di Asia Tenggara.

Menurut data terkini daripada syarikat keselamatan siber global, Kaspersky, mereka telah berjaya menyekat sejumlah 42,700,000 jangkitan tempatan sepanjang tempoh Januari hingga Disember 2023 lepas.

Kaspersky berkata, walaupun ancaman global semakin meningkat sepanjang tahun lalu (meliputi individu dan perniagaan), semua negara di Asia Tenggara mencatatkan penurunan yang tidak ketara dalam bilangan ancaman tempatan yang dikesan dan disekat pada peranti korporat dengan penyelesaian perniagaan Kaspersky, kecuali Singapura.

Singapura mencatatkan peningkatan 67% YoY (tahun ke tahun), daripada 300,000 kes tempatan pada 2022 kepada 500,000 pada tahun lepas.

Secara keseluruhan, perniagaan di Vietnam, Indonesia dan Thailand mengalami paling banyak ancaman siber pada tahun 2023.

Ancaman tempatan di Asia Tenggara pada 2023
Ancaman tempatan di Asia Tenggara pada 2023

Sebelum ini telah dilaporkan bahawa sistem pertahanan negara berdepan kira-kira 3,000 serangan siber setiap hari khususnya selepas Malaysia menyatakan sokongan terhadap Palestin.

Tidak lupa juga terhadap sistem Pangkalan Data Utama (PADU) yang dimaklumkan Rafizi Ramli di Dewan Rakyat Mac lepas bahawa sistem tersebut secara purata berdepan antara 2 juta hingga 2.3 juta kali cubaan serangan setiap minggu.

Laporan terkini dari Cisco pula mendedahkan, hanya 2% firma di Malaysia sahaja yang mempunyai tahap kesediaan ‘matang’ bagi menangani risiko keselamatan siber termaju.

Berkaitan

  • Tak Perlu Tunggu Lama, Telefon Ni Mampu Dicas Penuh 10 Minit Sahaja
  • Siri Redmi Note 13, Ciri 'Flagship' Kini Ada Pada 'Midrange'
  • Bajet RM700 Pun, Telefon Ini Mampu Puaskan Nafsu 'Gaming' Anda
  • 3 Sebab Telefon Ini 'Tapau' Telefon Bawah RM400 Yang Lain
  • Rekaan Cantik, Harga Menarik, Ini Model Telefon vivo Yang Dicari Ramai Di Malaysia
  • Nak Telefon Sedap Pegang Dan 'Power'? Ini Yang Anda Cari

Sumber: Siaran media Kaspersky, Astro Awani

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY